Dikatakan berdoa seperti orang kristian, Liyana Jasmay dikecam netizen

encik gotenks
0

 


Seperti sudah menjadi adat, setiap kali menyambut hari kelahiran sudah menjadi perkara biasa jika meniup lilin diatas kek.


Hal ini sering menjadi perdebatan kerana ada ulama mengatakan menyambut serta melakukan perkara yang mengikuti agama lain adalah haram, namun ada juga ulama mengatakan menyambut hari lahir diperbolehkan tetapi dengan syarat tiada unsur haram.


Namun baru-baru ini viral satu video yang dikongsikan seorang pengguna tiktok yang memaparkan selebriti popular, Liyana Jasmay yang menyambut hari lahirnya telah menarik perhatian ramai netizen.


Ini kerana perbuataanya yang kelihatan seperti sedang menggenggam tangannya sambil menutup mata, lalu meniup lilin.


Perbuatannya itu seakan-akan sama seperti cara agama lain berdoa sebelum meniup lilin dan kerana itulah, pelakon tersebut teruk dikecam oleh netizen.


Apabila melihat diruangan komen, ramai netizen yang kecewa dan meluahkannya di ruangan komen, ada yang mengatakan perbuatan selebriti itu langsung tidak melambang dirinya sebagai umat islam, ada juga yang menasihati Liyana Jasmay agar memperbaiki dirinya semula.



Ada juga segelintir netizen berkata lebih baik menadah tangan untuk berdoa dari melakukan tangan seakan-akan ‘make a wish’ yang sering kita lihat agama bukan Islam lakukannya sebelum meniup lilin.


Sumber : Tiktok via beautifuInara

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)