Menurut kajian, individu bujang lengkap vaksin lebih senang dapat pasangan

encik gotenks
0


 

Penafian : Gambar yang diguakan dalam artikel ini hanyalah sekadar hiasan

Data terbaharu daripada aplikasi-aplikasi janji temu menunjukkan bahawa lelaki dan wanita yang mendedahkan telah menerima pelalian C0vid-19 lebih cenderung untuk mendapat pasangan berbanding mereka yang menyembunyikan status vakslnasi, lapor akhbar Daily Mail semalam.


Aplikasi janji temu popular, Hinge mendedahkan bahawa orang bujang yang memaklumkan sudah lengkap divaksln pada profil peribadi, akan mendapat lebih 30 peratus padanan berbanding mereka yang merahsiakan butiran demikian.


Aplikasi Plenty of Fish dengan lebih daripada empat juga pengguna juga mendedahkan perkara serupa. Sebanyak 37 peratus daripada orang bujang di Britain melihat vaksinasi sebagai daya tarikan untuk mencari pasangan.



Aplikasi OkCupid pula memberitahu, seramai satu juta penggunanya telah meletakkan lencana ‘Saya Divaksinasi’ pada profil mereka.


“Gambar anda memakai pelitup muka, topi atau cermin mata hitam tidak akan menunjukkan prestasi sebaik imej anda yang boleh dilihat dengan jelas,’’ kata seorang jurulatih janji temu, Hayley Quinn.


“Begitu juga sikap terbuka tentang status vaksinasi yang dilihat mendapat makluman positif. Anda akan dianggap sedar terhadap tanggungjawab sosial. Bagaimanapun, rata-rata warga Britain akan merasa kekok untuk bertanya pasangan temu janji mereka sama ada sudah divaksin atau tidak,’’ jelas Quinn.



Tambah Quinn, status vaksinasi adalah perkara yang kurang ditanya kerana orang ramai mungkin bimbang mempunyai perbezaan pendapat.


Laman web tersebut termasuk Tinder telah bekerjasama dengan kerajaan Britain menjelang sambutan Hari Kekasih untuk menggalakkan golongan muda mendapatkan vaksin.


Kira-kira 40 peratus golongan muda layak divaksin yang berusia 18 hingga 34 tahun di Britain masih belum tampil untuk mendapatkan dos penggalak mereka. – Agensi


Sumber : Kosmo! Online

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)