Hentikan trafik kerana nak beri laluan kepada VVIP, kelisa dan wira ini kemaIangan

encik gotenks
0

 


Baru-baru ini viral sekeping video di media sosial yang memaparkan dua buah kereta iaitu perodua kelisa dan abangnya, proton wira yang terlibat dengan kemaIangan kerana pihak polis yang menghentikan trafik demi memberi laluan kepada VVIP.


Menerusi laporan yang ditulis portal the vocket, KemaIangan tersebut berlaku apabila kereta Wira berhenti mengejut selepas anggota polis memberikan isyarat untuk berhenti dan kereta Kelisa yang berada di belakang kereta Wira berkemungkinan tidak sempat untuk menekan brek lalu melanggar kereta Wira itu.


Kemudian, konvoi VVIP dilihat melalui jalan tersebut ketika kemaIangan tersebut berlaku. Kejadian ini dipercayai berlaku di Kuching, Sarawak dan video kemaIangan ini menjadi bualan netizen.



Menjenguk diruangan komen, rata-rata netizen bengang dengan tindakan anggota polis tersebut yang memberikan laluan kepada VVIP sehingga mengakibatkan kemaIangan kepada rakyat marhain.


Lebih mengeruhkan keadaan apabila rombongan konvoi golongan kayangan itu hanya berlalu pergi tanpa memberikan sebarang bantuan kepada mereka yang terbabit.





Walau bagaimanapun, sehingga kini masih belum ada apa-apa kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak polis berhubung kejadian tersebut.


Artikel dipetik dari thevocket


Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)