Pengeluaran simpanan KWSP bukan jalan penyelesaian tangani cabaran, kata Menteri Kewangan

encik gotenks
0

 


Simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bukan satu-satunya penyelesaian bagi setiap cabaran dihadapi semua pihak, termasuk yang terkesan dengan C0vid-19 dan bencaana alam seperti banjir, kata Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz.


Beliau berkata, tiga program pengeluaran khas i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra yang dilaksanakan sebelum ini hanya langkah jangka pendek bersifat sementara akibat pandemiik.

Ketika ini, katanya, ada pihak menuntut lebih banyak pengeluaran KWSP dibenarkan berikutan pihak terbabit melihat ia sebagai modal politik mudah, bagaimanapun tuntutan sedemikian tidak dibuat dengan sikap bertanggungjawab, sebaliknya dilakukan secara melulu tanpa analisis dan perkiraan rapi.

“Kita tidak boleh membenarkan pengeluaran KWSP untuk semua bencaana. Hampir setiap tahun negara dilanda banjir. Mungkin akan ada bencaana lain seperti tanah ruuntuh, kebaakaran dan sebagainya.


“Kalau untuk setiap bencaana ini kita nak keluarkan simpanan KWSP, sampai bila-bila pun simpanan hari tua ini tidak tercapai matlamatnya. Hakikatnya hampir 50% atau kira-kira enam juta pencarum mempunyai baki caruman kurang daripada RM10,000,” katanya di Facebook.


Tengku Zafrul berkata, ketika ini, ada ahli KWSP yang sudah membuat pengeluaran sehingga RM71,000 melalui tiga pengeluaran khas itu, yang keseluruhannya membabitkan RM101 bilion.


Beliau berkata, jika kerajaan terus membenarkan pengeluaran khas demikian, tidak diketahui apa yang akan terjadi kepada simpanan hari tua pencarum terbabit.


Katanya, golongan berkenaan termasuk 74% Bumiputera tidak akan mendapat faedah jika kerajaan membenarkan pengeluaran tambahan i-Citra seperti didesak sesetengah pihak membabitkan simpanan RM10,000.


“Lebih membimbangkan lagi, 79% daripada golongan yang mempunyai simpanan kurang RM10,000 juga adalah Bumiputera.



“Percayalah dalam menggubal dasar, kerajaan perlu bertanggungjawab dalam memastikan kebajikan bukan saja jangka pendek, tetapi juga kesejahteraan jangka panjang, iaitu untuk anak cucu kita kelak.”


Beliau berkata, dalam membantu mangsa bencaana, termasuk banjir yang berlaku baru-baru ini, secara keseluruhannya banyak bantuan sudah dihulurkan kerajaan.


Bagi membantu aliran tunai B40 dan M40, katanya, kerajaan menyalurkan bantuan berjumlah RM10 bilion melalui Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Khas C0vid-19 (BKC) dan Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) yang dimanfaatkan kira-kira 11 juta penerima.


Selain itu, kerajaan turut menyalurkan bantuan wang ihsan yang dinaikkan kepada RM1,000 kepada mangsa banjir baru-baru ini serta pelbagai bantuan lain seperti bantuan membeli perkakasan elektrik, membaiki kenderaan, diskaun sehingga 50% untuk alat ganti kereta, pembiayaan kadar faedah 0%, moratorium dan beberapa bantuan lain.

Sumber : FMT

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)