Long Tiger hanya miliki MyKas bukan MyKad, kata sumber

encik gotenks
0

 


Semakan pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendapati Long Tiger atau nama sebenarnya, Abdul Hamim Ab.Hamid adalah Pemegang Kad Pengenalan Pemastautin Sementara atau MyKas.


Status tersebut sekali gus menolak dakwaan bahawa Long Tiger memiliki kad pengenalan dan warganegara Malaysia.


Sumber mendedahkan kepada Mingguan Malaysia berkata, menerusi semakan sama, Long Tiger dilahirkan di Hospital Mentakab, Pahang pada Februari 1989 dan membuat permohonan MyKas ketika berusia 12 tahun.


Pengeluaran MyKas adalah amalan biasa kepada individu bukan warganegara atau mereka yang tidak dapat ditentukan kewarganegaraan.



Dalam hal ini, kata sumber itu, sijil kelahiran yang dikeluarkan kepada anak yang bertaraf bukan warganegara adalah sebagai rekod bahawa kelahirannya berlaku di Malaysia.


“Kelahiran seseorang individu yang berlaku di Malaysia tidak menyebabkan individu berkenaan memperoleh kewarganegaraan secara automatik.


“Ini kerana kewarganegaraan seseorang ditentukan berdasarkan kepada status perkahwinan dan taraf kewarganegaraan ibu atau bapa kandung mengikut peruntukan di bawah Bahagian III Perlembagaan Persekutuan, Citizenship Rules 1964 serta perundangan berkaitan yang masih berkuat kuasa,” jelas sumber itu kelmarin.


Sumber itu memberitahu, JPN bertanggungjawab mendaftarkan setiap kelahiran di negara ini tanpa mengira anak berkenaan bakal diiktiraf sebagai warganegara atau bukan warganegara.


“Perkara ini berdasarkan Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kemaatian 1957 (Akta 299) bagi semenanjung Malaysia, Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kemaatian Bab 123 (No.11 Tahun 1951) bagi Negeri Sabah dan Ordinan Kelahiran dan Kematian Bab 10 (No.6 Tahun 1951) bagi Negeri Sarawak,” jelasnya.



Terdahulu pada 15 Disember, Long Tiger yang lari dari Iokap Mhkamah Majistret Tangkak, Johor ditngkap di Sungai Petani, Kedah selepas 13 hari menjadi peIarian.


Semasa ditahan lelaki berketurunan R0hingya itu disyaki dalam rancangan Iolos ke Thailand atau Indonesia.


Polis turut merampas dokumen pengenalan diri Long Tiger dan selepas semakan ia bukan Mykad seperti yang dipertikaikan beberapa pihak.


Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay pada sidang akhbarnya turut memaklumkan memiliki kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR). 


Sumber : – UTUSAN ONLINE

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)