Masih dalam pantang, netizen tergamam lihat kecekalan Wawa Zainal redah banjir hulur bantuan

encik gotenks
0

 


Pelakon jelita Wawa Zainal menarik perhatian netizen apabila dilihat sanggup meredah banjir membantu masyarakat yang terkesan dalam musibah banjir walaupun masih dalam tempoh berpantang.


Wawa baru sahaja 24 hari berpantang selepas melahirkan anak keempat pada 30 November lalu.


Pemilik nama Nur Hawa Zainal Abidin, 30, itu berkongsi momen dirinya menghulurkan bantuan berupa barangan keperluan kepada maangsa banjir di Puchong, Selangor pada Jumaat lalu menerusi InstaStory miliknya kelmarin.


Menurutnya, dia bertindak turun padang bagi menyelami pe­rasaan maangsa banjir di samping menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban mereka yang dilanda musibah tersebut.


“Saya turun padang sebab mahu merasai pengalaman dan tengok sendiri keadaan masyarakat yang ditimpa banjir.



“Tidak ada apa-apa yang perlu dirisaukan sebab saya masih lagi jaga pantang (selepas bersalin). Malah, suami juga merestui tindakan saya,” katanya.


Bercerita pengalamannya, Wawa memberitahu, keadaan di lokasi dilawatinya sangat teruk dan banyak rumah penduduk kampung ditenggelami banjir dan segala harta benda rosak.


“Saya tengok sendiri kea­daan rumah penduduk kampung. Mereka memang memerlukan bantuan terutama barang-barang seperti tilam, bantal dan lampin bayi.


“Kalau soal bantuan makanan, mereka sebenarnya sudah ba­nyak menerima bantuan. Saya ada juga beri sumbangan dalam bentuk makanan, tetapi sekarang mereka lebih memerlukan tilam dan bantal,” ujarnya.



Sehubungan itu, Wawa menyeru rakyat Malaysia untuk bersama-sama membantu mereka yang terkena musibah banjir tidak kira dalam bentuk wang ringgit atau tenaga.


“Dugaan yang mereka terima cukup berat, sukar untuk saya gambarkan dan segalanya me­runtun hati


“Sebagai rakyat Malaysia, kita semua perlu ambil tahu dan membantu sesama sendiri. Diharap kalau ada rezeki atau tenaga lebih, bolehlah buat sumbangan.


“Jika bukan dalam bentuk duit, boleh sumbangkan juga dalam bentuk tenaga,” katanya.


Sumber : Kosmo! Online

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)