Tiada lagi RM2.10, Eco Shop terpaksa naikkan harga barang baru mulai 1 Disember ini

encik gotenks
0

 


Menerusi laporan dari sinar plus, selepas ini tiada lagi harga RM2.10. Pihak Eco Shop Malaysia menerusi laman Facebook rasminya mengumumkan perubahan harga kepada RM2.20 di Semenanjung Malaysia dan RM2.30 hingga RM2.40 bagi Sabah, Sarawak dan Langkawi bermula 1 Disember.

“Selama ini, kami sentiasa memegang prinsip di mana kami menawarkan barangan yang berkualiti dengan harga yang paling murah. Ini telah menjadikan Eco-shop dikenali dalam kalangan anda semua,” katanya.

“Disebabkan kos barangan semakin meningkat dan pada masa yang sama, kami perlu memegang pada prinsip utama syarikat iaitu menawarkan barangan yang berkualiti, dengan berat hati, kami telah membuat keputusan agar harga jualan kami akan berubah dari RM2.10 kepada RM2.20 (Semenanjung Malaysia) / RM2.30 kepada RM2.40 (Langkawi, Sabah dan Sarawak) mulai pada 1 Disember 2021.


Dalam pada itu, pihaknya turut menzahirkan penghargaan buat para pelanggan dan menghargai sokongan daripada semua.


Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen tidak melatah dengan kenaikan baru itu kerana ianya dirasakan masih murah dan berbaloi jika dibandingkan dengan pesaing yang lain.





Sumber: Facebook eco-shop Malaysia via sinar harian

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)