Header Ads

Skandal Dedah Sudah Tidur Bersama Shuk Selama Sebulan?

 


Nampaknya isu rumah tangga pelawak Shuk Sahar seolah tiada kesudahan apabila isterinya Rossa Sera dan skandalnya berperang di media sosial pula.


Terbaru, Rossa dilihat ada memuat naik tangkap layar sejarah panggilan video serta perbualan mesej antara suaminya dengan skandal Shuk itu.


Rossa berbuat demikian dipercayai selepas skandal suaminya itu memuat naik tangkap layar sejarah panggilan video duo.


Menerusi mesej dikongsikan, skandal Shuk dipercayai Fara Salleh itu turut mempersoalkan mengapa dirinya tidak dibela serta bertanyakan mengapa perkara ini tidak dihentikan.


Rossa turut menyindir Fara yang memadam sejarah panggilan dibuatnya kepada nombor dipaparkan, sebaliknya hanya menunjukkan jumlah panggilan diterimanya.

Dalam satu perkongsian lain, skandal Shuk itu turut meluahkan rasa berang apabila dikhianati apabila Rossa mengetahui kata laluan telefon Shuk dan mengamuk apabila panggilannya diabaikan.


Dalam mesej tersebut, skandal Shuk turut mendedahkan lebih sebulan pelawak itu tidur bersamanya namun tiada sekali pun panggilannya diabaikan.

Beberapa hari lalu, Rossa memuat naik mesej di Instagram diterima daripada netizen yang mendakwa terlihat Shuk bersama kekasih gelapnya.

Sumber : Rotikaya


No comments:

Powered by Blogger.