Polis cari 'marshal' berlagak polis trafik, berhentikan kenderaan awam sesuka hati

encik gotenks
0

 


Polis sedang mengesan pengiring (marshal) konvoi motosikal berkuasa tinggi yang memberhentikan kenderaan awam di persimpangan lampu isyarat Sua Betong di sini, seperti yang tular di media sosial sejak semalam.


Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, video yang tular itu menunjukkan aksi marshal memberhentikan kenderaan awam bagi memberi laluan ahli konvoi melalui persimpangan lampu isyarat berkenaan.


Katanya, rakaman video berdurasi satu minit 10 saat yang dimuat naik ke laman sosial Facebook oleh pemilik akaun Epul Adam Helmet Bajet yang menunjukkan aksi marshal mengawal dan memberhentikan kenderaan awam di persimpangan lampu isyarat Sua Betong.


"Ketika kejadian lampu isyarat jelas berwarna merah dan tujuan tindakan marshal dipercayai bertujuan untuk memberi laluan kepada sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi yang bergerak dalam konvoi bagi melepasi lampu isyarat," katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.



Katanya, konvoi motosikal berkuasa besar itu bergerak dari Lebuh Raya Seremban - Port Dickson (SPDH) menghala masuk melalui lampu isyarat Sua Betong menghala ke Bulatan Sunggala Telok Kemang.



"Polis sedang mengesan individu yang bertindak sebagai marshal berkenaan dan sesiapa yang memiliki maklumat berkaitan kejadian diminta beri kerjasama kepada pihak IPD PORT Dickson di Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik atau menghubungi talian terus di talian 06-6472222.


"Peserta konvoi kenderaan tidak boleh membuat sebarang tindakan memberhentikan, mengawal, melencong kenderaan di jalan awam tanpa sebarang kehadiran anggota atau pegawai polis kerana boleh membahayakan diri sendiri serta pengguna jalan raya lain," katanya.

Sumber : Harian Metro



KENYATAAN MEDIA YDH KETUA POLIS DAERAH PORT DICKSON.


⏰ Tarikh : 21/11/2021 (Ahad)


🎙️ VIDEO TULAR MENUNJUKKAN AKSI MARSHAL MEMBUAT TINDAKAN MEMBERHENTIKAN KENDERAAN AWAM DI PERSIMPANGAN LAMPU ISYARAT DI DAERAH PORT DICKSON.


🗞️ Pada 21/11/2021 (Ahad) telah tular satu (1) rakaman video berdurasi satu (1) minit sepuluh (10) saat telah dimuatnaik ke laman sosial Facebook oleh pemilik akaun

Epul Adam Helmet Bajet yang menunjukkan aksi marshal mengawal dan memberhentikan kendereraan awam di Persimpangan Lampu Isyarat Sua Betong di Daerah Port Dickson.


🗞️ Ketika kejadian lampu isyarat jelas berwarna merah.Tujuan tindakan marshal dipercayai bertujuan untuk memberi laluan kepada sekumpulan penunggang motorsikal berkuasa tinggi yang bergerak secara konvoi bagi melepasi lampu isyarat tersebut.


🗞️ Pergerakan motorsikal berkuasa besar ini dari Lebuh Raya Seremban - Port Dickson (SPDH) menghala masuk melalui Lampu Isyarat Sua Betong menghala ke Bulatan Sunggala Telok Kemang.


🗞️ Pihak Polis sedang mengesan individu yang bertindak sebagai marshal berkenaan.


🗞️ Kes disiasat bawah Sek. 21 Akta Polis dan Sek. 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


🗞️ Sesiapa yang memiliki maklumat berkaitan kejadian diminta beri kerjasama kepada pihak IPD PORT Dickson di Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik atau menghubungi talian terus di talian 06-6472222


🗞️ Pihak PDRM menasihati kepada kumpulan konvoi yang bergerak supaya tidak membuat sebarang tindakan memberhentikan / mengawal / melencong kenderaan dijalan awam tanpa sebarang kehadiran mana-mana Pegawai Polis yang membahayakan kepada diri sendiri pengguna dan menyekat kebebasan bergerak di jalan awam.


Sekian Terima Kasih.


Daripada,

👮🏻‍♂️SUPT. AIDI SHAM BIN MOHAMED

(Ketua Polis Daerah Port Dickson)

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)