Header Ads

Mana ada dera emosi dan fizikal, Mohamed Fahmi ada bukti kemesraan mereka berdua

 




Ahli perniagaan, Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas, 29, suami kepada pelakon Nynaa Harizal, 25, mengakui rela melepaskan isterinya itu jika mengikut prosedur yang betul. 


Fahmi berkata, dia keliru kerana usaha untuk menghubungi Nynaa yang kini berada di Johor Bahru bagi mendengar sendiri pengakuan dari mulutnya tidak berjaya. 


"Saya lelaki, kalau perempuan sudah tak nak, untuk apa saya mahu terus kekal berada dalam perhubungan itu. Tetapi sebagai suami, saya akan berusaha cari jalan penyelesaian.


"Datanglah berjumpa saya, berbincang di rumah yang kita duduki selepas berkahwin. Bukan di rumah keluarga dia atau keluarga saya. Kalau tidak, jumpa di luar pun tak apa.


"Berbincang untuk cari jalan penyelesaian bersama. Kalau betul nak cerai, buat cara baik. Dia failkan penceraian cara baik, tetapi tindakannya tidak seiring," katanya yang sedih dengan apa yang berlaku.


Fahmi berkata, isterinya membuat permintaan untuk bercerai secara mendadak. 



Namun dia masih berharap perkahwinan yang baharu berusia hampir tiga bulan itu dapat diselamatkan.


"Antara alasan Nynaa untuk bercerai adalah kami tiada persefahaman dan saya telah menderanya secara emosi dan fizikal. Kami baharu dua bulan berkahwin, semuanya masih manis lagi.


"Kami tak pernah bertengkar atau bergaduh besar. Saya tak pernah menghalangnya untuk keluar bekerja, termasuk berjumpa rakan," katanya pada sidang media khas yang diadakan di Menara Berkembar Bank Rakyat, baru-baru ini. 


Menurutnya, dia mempunyai bukti kemesraan mereka sepanjang tempoh kehidupan berumah tangga.


"Malah enam jam sebelum Nynaa di bawa ke Johor, kami masih bermesej seperti biasa. Dia (Nynaa) siap tanya saya sama ada nak makan kerana dia nak bungkuskan makanan yang banyak di lokasi. 


"Cuma, peguam nasihatkan saya tak dedahkan semua itu kerana tak mahu mengganggu prosiding mahkamah. Tiba masanya, saya akan kongsikan agar semua orang boleh menilai," ujarnya lagi



Fahmi dan Nynaa mendirikan rumah tangga pada 28 Ogos lalu. 


Pada 3 November lalu, Fahmi mendakwa isterinya 'dilarikan' oleh bapa mentuanya ketika terbabit dengan penggambaran sebuah drama di Setia Alam, Selangor.


Bagaimanapun, Nynaa dalam satu kenyataan media pada Khamis lalu menafikan dakwaan suaminya serta menyifatkan ia sebagai kenyataan yang tidak benar.


Kontroversi dan kemelut perkahwinan mereka yang tidak sampai usia tiga bulan menjadi semakin tegang apabila pelakon itu memfailkan permohonan cerai dengan talak atau dengan perintah atau lazim dirujuk sebagai Perceraian Cara Baik di bawah Seksyen 47 Enakmen Keluarga Islam (Negeri Johor) Tahun 2003 pada 10 November lalu.

Sumber : Harian Metro

No comments:

Powered by Blogger.