Persis Kim Kardashian, netizen teruja lihat kreativiti Che Ta gayakan dress bernilai RM50,000

encik gotenks
0

 


Siapa saja yang tidak kenal dengan selebriti popular, Rozita Che Wan yang senantiasa tampil unik dan segar apabila menggayakan fesyen.


Selebriti itu yang lebih dikenali dengan panggilan Che Ta baru-baru ini dilihat membuat kemunculan di Kuala Lumpur Fashion Awards (KLFA) 2021. Pernampilannya itu telah menarik perhatian ramai pihak apabila menggayakan dress daripada pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail.


Dress yang digayakan oleh Che Ta sememangnya lain daripada yang lain apabila menutup mukanya dengan kain jaring bertatahkan berlian sepanjang majlis berlangsung.


Menurut sumber dari rotikaya, dress bertatahkan 5000 butir batu berlian dan ‘chunky bead’ itu dianggarkan bernilai RM50,000 serta mengambil masa selama sebulan untuk disiapkan.



Jika dilihat pada penampilan itu seolah imej selebriti Hollywood, Kim Kardashia ketika menghadiri sebuah majlis baru-baru ini.


Menurut Che Ta, dia mempunyai sebab tersendiri untuk tampil luar daripada kebiasaan yang selalunya sinonim dengan dengan imej glamor lengkap bersolek.


“Sesekali orang tak payah tengok muka kita dalam acara seumpama itu, mengapa tidak? Telefon bimbit pun saya abaikan ketika majlis berlangsung,” katanya.


Dalam pada itu, Ezuwan turut hadir menemani Che Ta dengan menggayakan busana sut hitam yang bernilai RM40,000.


Ezuwan berkata dia memilih Che Ta kerana percaya pelakon itu mampu membawa ilham dan imaginasi rekaannya pada acara fesyen itu.


“Semua tahu, dia antara selebriti yang mengutamakan penampilan diri dengan wajah siap bersolek cantik. Tapi dia jenis yang tak banyak songeh dan sempoi. Tiada istilah meniru atau dibayangi sesiapapun,” katanya.

Sumber : Rotikaya

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)