Header Ads

Media hiburan Indonesia dakwa Baby Shima mahu pindah ke negara itu gara-gara dibuIi netizen, akui rasa dihargai disana?

 


LAPORAN berita dari Indonesia mendakwa kononnya Baby Shima mahu berpindah ke negara itu sedikit sebanyak menambahkan lagi tekanan kepada penyanyi dangdut ini.


Menurut Shima atau nama sebenar Nor Ashima Ramli, 29, dia tidak bermaksud ingin menukar status warganegara dan kenyataannya itu hanyalah salah faham.


"Kecaman netizen mengenai berita itu membuatkan saya lagi depresi... selalunya memang portal akan tulis headline macam itu walaupun tiada pun kenyataan saya mengatakan mahu pindah ke luar negara.


"Ya saya mengakui gembira berkarya di Indonesia kerana rasa lebih dihargai di sana tapi tak ada niat pun nak pindah warganegara.


"Jangan risau, saya masih mencintai tanah air saya ini. Cuma saya ada beritahu tak sabar nak balik ke Indonesia secepatnya sebab banyak projek tergendala di sana, saya pun dah ada rumah di sana," katanya kepada mStar.


Sebelum itu, menerusi Instagram penyanyi lagu Lalai ini berkongsi paparan skrin laporan berita daripada beberapa portal hiburan di Indonesia.


Tajuk artikel berkenaan menyebut Baby Shima tertekan kerana dibuli netizen Malaysia dan mahu berhijrah ke Indonesia.


"Baby Shima depresi akibat dibuli netizen Malaysia, mahu pindah menjadi warganegara Indonesia,” tulis tajuk tersebut.


Mengakui layanan diterima netizen Malaysia dan Indonesia berbeza, Shima berkata dia cukup menghargai sokongan peminat daripada negara berkenaan.


"Boleh tengok dari komen YouTube, Instagram atau Facebook perbezaan netizen dua-dua negara macam mana... kebanyakan mereka mendoakan saya, boleh nampak perbezaan tu.


"Semasa buat konsert di sana, peminat lebih menghargai, mereka sanggup datang dari jauh walaupun perjalanan mengambil masa berbelas jam.


"Apa-apa pun saya sangat hargai peminat di kedua-dua negara, sokongan dan kata-kata semangat mereka itulah membuatkan saya lebih kuat," 

Sumber : mStar Online

No comments:

Powered by Blogger.