Peluang bawa pulang Sajat tipis, kata poIis

encik gotenks
0

 


Peluang untuk membawa pulang usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat sukar susulan desakan beberapa pihak yang mempertahankan kebebasan transgender.


Sumber memberitahu Harian Metro sehingga kini, Thailand masih belum membenarkan usahawan berkenaan diekstradisi ke negara ini.


"Peluang untuk membawa pulang dilihat tipis susulan desakan beberapa pihak termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) atas dasar kebebasan transgender.


"Kemungkinan dia akan mendapat suaka di negara ketiga," katanya kepada Harian Metro, hari ini.


Terdahulu, Polis Diraja Malaysia dilaporkan dalam proses memohon ekstradisi bagi membawa pulang Nur Sajat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jnayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan dilaporkan berkata, proses itu akan mengambil masa kerana membabitkan pelbagai agensi berkaitan termasuk Jabatan Peguam Negara dan pihak berkuasa Thailand.


Sebelum ini, Harian Metro melaporkan misteri 'kehilangan' Nur Sajat terjawab apabila dia dilaporkan ditahan pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu hasil maklumat pihak berkuasa Malaysia.



Pada 9 September lalu atas kesalahan memasuki Thailand secara tidak sah, Nur Sajat didakwa di mahkamah namun usahawan kosmetik itu dibebaskan pada 10 September lalu dengan jaminan AS$2,000 (RM8,343) yang dibuat seorang warga tempatan.


Nur Sajat kini diarahkan melaporkan diri ke Ibu Pejabat Imigresen Thailand setiap 14 hari.


Dia yang kini sudah menjadi pemegang kad pelarian UNHCR mendakwa mahu berpindah ke Australia selepas dikehendaki pihak berkuasa Malaysia dan diuguut buunuh kerana umum keluar daripada Islam.

Sumber : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)