Viral kisah seorang anggota tentera enggan ambil vaksin dipecat, ini jawapan Tentera Darat Malaysia yang ramai tidak tahu!

Anonymous
0

 


Baru-baru ini viral satu hantaran di media sosial yang memaparkan kisah seorang anggota tentera yang dipecat selepas enggan menerima vaksin, Tentera Darat Malaysia (TDM) menerusi satu kenyataan media dikeluarkan Sel Perhubungan Raya Tentera Darat pada Isnin menegaskan setiap anggota TDM diwajibkan mengambil vaksin.

Jelas kenyataan itu, ia bagi mengekang penularan yang bukan sahaja akan berlaku dalam kalangan anggota TDM, bahkan boleh menjangkiti keluarga anggota TDM dan masyarakat keseluruhannya.

"Tindakan seseorang anggota tentera yang ingkar atau enggan untuk menerima vaksin, boleh menyebabkan mereka dikenakan tindakan tatatertib kerana ingkar perintah atau meIanggar perintah tetap.



"Pengambilan vaksin dalam kalangan anggota TDM diwajibkan atas dasar anggota TDM hidup secara berkelompok. Selain itu, peranan dan tanggungjawab TDM kini sebagai petugas barisan hadapan dalam melaksanakan penugasan mahupun latihan, turut berdepan dengan kebolehjangkiitan C0VID-19," jelas kenyataan itu.

Ia juga bertujuan mendokong hasrat dan aspirasi kerajaan untuk mencapai imuniti kelompok, seterusnya memutuskan rangkaian penuIaran C0VID-19 di negara ini.

"Setiap anggota TDM hendaklah mematuhi dan menuruti perintah yang telah dikeluarkan, bagi menentukan misi/kesiapsiagaan organisasi tercapai," jelas kenyataan itu lagi.

Terdahulu, Sarjan Wan Ramly Wan Seman, 39, dari Batalion ke-24 Rejimen Askar Melayu Diraja yang berpangkalan di Kem Rasah, Negeri Sembilan menerima arahan pemberhentian perkhidmatan yang dikeluarkan Kementerian Pertahanan berkuat kuasa 26 Ogos ini.



Tindakan itu diambil selepas bapa kepada tiga anak itu menolak pemberian vaksin pada 7 Julai lalu ketika diarahkan berbuat demikian.

Beliau sepatutnya dijadualkan tamat perkhidmatan pada 21 Januari 2023, bagaimanapun selepas tindakan yang akan dikenakan, Wan Ramly berkemungkinan kehilangan pencen yang layak diperolehnya.

Penafian : Gambar yang digunakan hanyalah untuk hiasan semata-mata

Sumber : ASTR0 AWANl

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)