Saya mahu lari dari gosip walaupun ia salah satu cara publisiti, kata Silfeny Osman

Anonymous
0

 


Kehadiran ramai pelakon baharu di dalam industri membuatkan ada segelintirnya berjaya dikenali penonton dan tidak terkecuali, ada yang kurang menyerlah.


Apapun, kebiasaannya penonton lebih mengenali karekter dilakonkan berbanding nama pentas pelakon itu sendiri. Justeru, yang pasti teruskan usaha.


Bagi pelakon dikenali Silfeny Osman, 29, dia masih baharu mengatur langkahnya dalam kerjaya seni lakon kira-kira tiga tahun lalu selepas menyertai pertandingan pencarian bakat, Gadis Panca pada 2017.


Ujarnya, masih banyak pengalaman berlakon perlu ditimba terutama peluang menerokai watak yang pelbagai. Menurut Silfeny lagi, dia enggan berada di zon selesa sebagai antagonis saja.



"Saya akui pernah berlakon beberapa drama untuk watak antagonis dan agak menyerlah juga. Jadi, kalau boleh saya tidak mahu hanya terikat melakonkan karekter jaahat saja.


"Bagi saya, kena mencuba setiap watak kerana dalam lakonan ada banyak karekter. Apapun, semuanya bergantung pada rezeki dan untuk saya, bukan mudah mendapatkan sesuatu tawaran berlakon," katanya.


Ujar Silfeny, pada awal pembabitannya dahulu, dia kerap mengikuti sesi ujibakat diadakan pihak produksi. Menurutnya, ia bagi memberi peluang dia mencuba nasib ketengahkan bakat.


Berbicara pula mengenai peribadi, Silfeny berkata dia masih solo dan tiada kekasih. Katanya, dia kini mahu fokus untuk memantapkan kerjaya seni kerana langkah masih jauh dan banyak yang perlu dipelajari lagi.





Ditanya penerimaannya terhadap gosip, Silfeny berkata dia sangat berhati-hati. Menurut wanita ramah ini, dia seboleh-bolehnya tidak mahu terpalit dengan sebarang gosip atau kisah sensasi.


"Saya tahu berdepan dengan gosip adalah lumrah sebagai insan seni. Bagaimanapun, saya memang tidak rela nama terkait dengan gosip atau cerita sensasi walaupun ia salah satu cara publisiti.


"Jujur dikatakan, pembabitan saya dalam kerjaya seni ini mahu dikenali penonton dengan prestasi bakat. Pada saya, itu lebih utama daripada asyik menjawab gosip dan berkongsi kisah peribadi," katanya.

Sumber : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)