Polis sahkan pasangan suami isteri buat 'social experiment' di kedai makan dan restoran sudah ditahan

Anonymous
0

 




Polis menahan suami isteri yang bertindak memasuki beberapa kedai serta makan di restoran walaupun tidak lengkap dua dos vaksiin C0vid-19 seperti tular di Facebook sejak semalam.


Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pasangan suami isteri berusia 35 dan 36 tahun itu ditahan di rumah mereka di Bandar Putera 2 dekat sini, pada 5 petang semalam.


Katanya, penahanan itu susulan aduan diterima pihaknya berhubung satu muat naik di Facebook bernama Mujaheeda Soleha yang berkongsi mengenai sosial eksperimen yang dijalankan mereka.


"Perkongsian pemilik akaun itu turut mendatangkan ketakutan dan kegentaran kepada orang awam.



"Kedua-dua mereka kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan mereka diambil polis," katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 269 dan Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan selain Sesyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakiit Berjangkiit 1988 dan Sesyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi Malaysia.


Katanya, orang ramai diminta agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), sebagai usaha bersama untuk membendung penularan waabak C0vid-19.



Terdahulu, satu tangkap layar dari akaun Facebook yang dipercayai milik wanita berkenaan sedang melakukan sosial eksperimen untuk melihat sama ada boleh masuk ke kedai serta makan di restoran tanpa melengkapkan dua dos vaksin C0vid-19.


Dia juga dilihat dengan bangga menceritakan kejayaannya dan suami pergi ke beberapa premis termasuk kedai makan tanpa sebarang masalah.


Tindakan pasangan itu yang turut membawa anaknya makan di restoran itu mendapat kecaman orang ramai.

Sumber : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)