Jangan Berani Usik Menantu Saya, Saya Akan Cari Dan Saman, Kata Sheila Rusly

Anonymous
0

 


Menerusi satu perkongsian di Instagram, pelakon dan penerbit terkenal, Sheila Rusly meluahkan rasa berang dengan tindakan sebuah portal sengaja mengaitkan anaknya, Uzair dengan pelakon, Janna Nick.


Tidak hanya berdiam diri, Sheila memberi amaran bahawa dia akan mengambil tindakan undang-undang kepada portal berkenaan susulan fitnah tersebut.


“Kepada blogger atau portal di luar sana, saya akan korek dan ambil tindakan undang-undang, hantar surat saman. Saya tidak peduli.


“Saya marah sebab isu itu fitnah, Kalau melibatkan isu yang menyentuh keluarga saya, saya tidak boleh duduk diam. Pada saya, mereka tidak perlu mengambil peluang untuk mereka-reka cerita semata-mata untuk melariskan berita.


“Perkara itu memang tidak berlaku (hubungan antara Uzair dengan Janna). Lagi pun anak saya sudah mengenali isterinya sejak Elisya masih bersekolah lagi,” katannya.


Dalam pada itu, Sheila turut tidak faham bagaimana boleh timbul cerita melibatkan anaknya dan Janna sedangkan dia tidak pernah membuka mulut tentang apa yang berlaku. Katanya lagi, dia tidak akan menceritakan apa yang berlaku demi menjaga aib Janna.


“Perbalahan antara saya dengan Janna memang saya tidak akan diceritakan demi menjaga aib dia. Tapi janganlah sebab saya ‘mengunci mulut’, saya difitnah,” jelasnya.



Dalam pada itu, Sheila turut memberi amaran supaya jangan sesekali mengusik Elisya kerana dia sangat sayangkan anak menantunya itu dan tidak mahu melihat dia bersedih.


“Jangan sesekali usik menantu saya. Saya sangat sayangkan Elisya. Jadi tolong jangan tulis cerita yang tidak betul dan boleh mengguris hati menantu saya. Kalau menantu saya sedih, suaminya juga akan bersedih begitu juga saya. ,” tegasnya.


Sementara itu, Sheila berkata dia tidak pernah mengatur perkahwinan antara Uzair dengan Elisya dan merestui perkahwinan merkea serta percaya jodoh anaknya telah ditentukan oleh Allah.


“Saya tidak menentukan jodoh anak saya. Jodoh itu kerja Allah SWT. Saya memberi ruang untuk anak saya membuat keputusan terbaik untuk dirinya. Alhamdulillah, dia memilih Elisya walaupun dalam hubungan dia sebelum ini, ada fasa turun dan naik. Tapi itu lumrah dalam perhubungan.


“Tapi disebabkan jodoh mereka kuat dan saya nampak keikhlasan jodoh mereka, jadi saya merestui perkahwinan anak saya dengan Elisya. Jadi cukuplah ambil tahu hal keluarga saya, jangan tabur fitnah lagi,” katanya.


 

SUMBER  KOSMO! VIA ROTIKAYA

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)