Nourul Depp tak sabar nak pindah ke Bali

Anonymous
0

 


Penyanyi Nourul Depp, 43, terpaksa menunggu lagi tarikh untuk memulakan kehidupan baharunya bersama keluarga di Bali, Indonesia seperti yang dijadualkan sebelum ini.


Nourul yang dihubungi berkata, ia berikutan mereka perlu menunggu kebenaran dari kerajaan Indonesia untuk berbuat demikian 


"Kami sekeluarga sedang menunggu Indonesia buka pintu untuk kemasukan visa yang sudah diperolehi sejak Jun lalu. 


"Namun disebabkan kes C0vid-19 tinggi di sana, mereka tutup sementara dari awal Julai lalu.


"Difahamkan juga, kes positif C0vid-19 di sana sudah turun lebih daripada 50 peratus sekarang," katanya kepada Harian Metro.



Menurutnya, mereka kini menunggu tarikh 23 Ogos iaitu esok untuk pengumuman lanjut.


"Kalau mereka buka kami terus bergerak seperti yang dirancang. Barang semua dah siap dibungkus dan dah masuk kontena.


"Buat sementara waktu, kami masih berada di rumah lagi sambil menunggu hari. Penularan pandemik C0vid-19 ini memang banyak menyusahkan orang.


"Kami tak pergi mana-mana sekarang kerana bimbang demam dan menjaga prosedur operasi standard (SOP) kerana tak nak jadual tangguh lagi," katanya.


Nurul berkata, dia juga belum mendapatkan tarikh sebenar untuk anak-anaknya akan memulakan pembelajaran secara dalam talian dengan sekolah di sana.



"Bukan kami saja, ramai juga ibubapa warga asing yang belum lagi tiba ke Bali terpaksa menyediakan pembelajaran secara ini untuk anak-anak mereka," katanya.


Menerusi kenyataannya sebelum ini, Nurul memberitahu sudah membuat bayaran penuh untuk pembelajaran anak-anaknya.


Dia juga mahukan anak-anaknya menerima pendidikan yang terbaik apabila mendaftarkan mereka di sekolah yang bagus di Bali itu. 


Terdahulu, Nourul atau nama sebenarnya Noorul Huda Abdul Wahab pada awal Jun lalu memaklumkan bakal berhijrah ke Bali pada pertengahan Julai, selepas lama berhajat untuk berbuat demikian. 

Sumber : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)