Mila Jirin tak dapat tahan rasa sebak pilu bila terdengar gosip perletakan jawatan Muhyiddin Yassin

Anonymous
0

 


Penyanyi, Mila Jirin meluahkan kesedihannya dan memuat nak video menangis apabila diberitakan mengenai desas-desus perletakan jawatan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Dalam hantarannya di Instagram, Mila menegaskan bahawa kesedihannya itu adalah kerana mengenangkan jasa dan bantuan perdana menteri kepadanya.


"Aku tak tahu kenapa aku sedih. Aku tak pernah pun sedih kalau perdana menteri nak letak jawatan sebelum ini.



"Tapi mungkin … Sebab dia bantu aku. Dia bantu aku," katanya dalam nada teresak-esak.


Dalam hantaran sama, Mila juga memohon doa daripada Allah supaya memudahkan urusan rakyat Malaysia melawan c0vid-19.


"Insya-Allah, aku doa sangat, moga Allah mudahkan urusan semua orang di Malaysia. Insya-Allah, angkatlah C0vid-19 ini jauh-jauh ya Allah. 



"Insya-Allah, kita bergantung harap kepada Allah. Allah ada. Minta maaf kawan-kawan. Teremosi pula," katanya.


Video itu sehingga kini ditonton lebih 126,000 tontonan dan menerima lebih 300 komen daripada pengikutnya di platform media sosial itu.


Sumber : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)