"Hanya orang B0D0H yang akan mematuhi peraturan B0D0H!" - Suhaimi Saad hormat kepada 779 cikgu di Johor yang tolak vaksin

Anonymous
0

 


Siapa saja yang tidak kenal dengan Suhaimi Saad, bekas penyanyi kumpulan nasyid terkenal yang tidak pernah lekang dengan kontroversi dan cerita panas. Ada saja isu terbaru yang dia akan masuk mencelah sama.


Baru-baru ini viral di media sosial apabila dikatakan 779 orang guru di Johor yang dikatakan telah menolak untuk mengambil vaksin C0VID-19.


Tidak ingin ketinggalan memberikan pandangan berkenaan isu yang hangat ini, Suhaimi Saad yang juga dikenali sebagai Mosus meluahkan rasa hormatnya kepada 779 orang pendidik tersebut.


Perkara ini telah dikongsikan oleh Mosus menerusi hantaran terbarunya di instagram miliknya. Menurut bekas penyanyi nasyid ini lagi, dia mengatakan hanya orang yang bodoh sahaja yang akan mematuhi peraturan pelu menerima vaksin.


Dalam entri tersebut, Suhaimi turut mendoakan agar urusan kesemua guru-guru tersebut dipermudahkan.



Menerusi artikel yang dikeluarkan oleh rotikaya,  Suhaimi ada memuat naik perkongsian mengenai Tuanku Mahkota Johor (TMJ) mahu bertemu dengan 779 guru berkenaan. Suhaimi turut mempersoalkan mengapa guru-guru berkenaan menolak vaksin.



Untuk rekod, sebelum ini, media melaporkan 779 guru tersebut akan dipanggil Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) untuk diberikan penerangan kepentingan vaksin supaya diambil oleh mereka.


Sumber : ROTIKAYA

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)