Header Ads

Skuad Gimnas Jerman Pecah Tradisi Sukan Olimpik, Pakai Sut Penuh Sebagai Tentangan S*ksuaIiti

 


Skuad gimnas wanita dari Jerman menarik tumpuan dunia apabila tampil berbeza dengan menggunakan sut penuh ketika beraksi di gelanggang Olimpik Tokyo 2020.


Pasukan dibarisi Sarah Voss, Pauline Schaefer-Betz, Elisabeth Seitz dan Kim Bui, membuka tirai Olimpik mereka dengan memakai unitard berwarna merah dan putih, yang menutup lengan dan kaki sehingga ke buku lali.


Ia sekali gus membuktikan atlet wanita boleh memakai apa saja mengikut pilihan mereka. Persekutuan Gimnastik Jerman (DTB) April lalu menyifatkan ia sebagai langkah ‘menentang s*eksualiti dalam gimnastik’.


Sejak 1970-an, gimnas wanita sering mengenakan pakaian leotard, namun skuad Jerman ini membuat keputusan untuk memecah tradisi tersebut.


Bagi wanita, pakaian standard untuk pertandingan adalah leotard, dan baju tanpa lengan dibenarkan.


Ini bukanlah penampilan pertama kali skuad gimnas wanita Jerman mengenakan sut penuh. Sebelum ini, mereka memakai seragam sama ketika kejohanan Eropah pada April dan tindakan itu mendapat sokongan padu gimnas wanita lain.



Mereka berbuat demikian kerana dah bosan dengan sikap ramai pihak yang menjadikan atlet wanita sebagai objek tatapan seeksual mereka.


Lebih menyedihkan apabila  ada segelintir penonton hanya menyaksikan gimnastik wanita kerana nak melihat atlet yang cantik dan seeksi sekali gus lari daripada matlamat asal sukan tersebut yang mahu mempamerkan kehebatan individu dalam setiap acara.


Sarah Voss menyeru agar lebih ramai gimnas yang tampil memberanikan diri hanya memakai pakaian yang mereka selesa sahaja.


Kata Voss, pakaian menutup penuh membantu gimnas wanita tampil lebih selesa serta yakin, baik dalam pertandingan mahupun semasa latihan.


“Untuk melakukan lompatan atau gerakan, ada kalanya leotard tidak menutup segalanya atau kadang-kadang terselak.



“Jadi sebab itu kali ini kami memakai pakaian yang baharu untuk lebih rasa selesa dan selamat semasa pertandingan atau latihan.


“Setiap kali tidak rasa selesa, ia akan mengganggu fokus anda, sekali gus menjejaskan persembahan.”


Sebenarnya tiada peraturan yang melarang gimnas memakai baju yang lebih tertutup. Namun cabarannya, ada sesetengah juri memotong mata gimnas tersebut dan ada penganjur meminta gimnas memakai baju lebih pendek.


Pakaian yang menutup kaki dibenarkan di pertandingan antarabangsa tetapi sebelum ini ia dilakukan atas faktor keagamaan.


Mungkin, usaha pasukan Jerman ini sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada dunia dan mengubah stre0taip ini.


Sumber: Time via odisi

No comments:

Powered by Blogger.