Dua kanak-kanak lelaki Muslim menumpang kasih ibu angkat Cina

Anonymous
0

 




Perbezaan agama tidak menghalang seorang wanita berketurunan Tiong Hwa untuk memberi sepenuh kasih sayang terhadap dua anak angkatnya yang beragama Islam.

Malah, beliau turut dipanggil dengan panggilan ‘mummy’ oleh kedua-dua anak angkatnya itu.


 Kisah wanita itu yang kini meniti usia tua diceritakan oleh seorang individu bernama Ameer Carlief sebelum tular di medsia sosial sejak beberapa hari yang lalu.


Baca perkongsian Ameer di bawah:





Saya hairan kerana kedua-dua budak lelaki ini memanggil wanita tua itu ‘mummy’. kedua-dua kanak-kanak itu langsung tiada iras wajah berketurunan Tiong Hwa. Maka saya pun bertanya…


“Aunty, budak dua orang ini siapa?”


“Ini Ridzuan dan ini Jefri. Anak angkat saya.”




 

“Dua orang ini saya pelihara semasa mereka masih bayi. Ridzuan kena buang di tempat buang sampah dalam kotak. Jefri pula ditinggalkan oleh ibunya dan keluarganya menyerahkan kepada saya untuk dijaga,”


“Saya beragama Buddha tetapi anak saya ini saya kekalkan agama Islam. Saya hantar pergi ke kelas agama dan mereka juga turut berpuasa bila tiba bulan Ramadan. Bila makan, saya akan pastikan mereka makan makanan yang halal dan kami menggunakan pinggan yang berasingan,”


Saya terpegun, Ini adalah sisi mulia dari orang yang bukan sebangsa dan seagama yang tidak pernah saya lihat sebelum ini.


Lokasi: Sabah

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)