Header Ads

Menteri Besar Kedah kongsikan pengalaman berbeza ke Gaza berbanding misi lain sebelum ini

 


SAYA dan rakan-rakan ada sedikit pengalaman melaksanakan misi kemanusiaan ke luar negara – ke kem-kem pelarian di Bangladesh, ke Arakan di Myanmar, Seiyun, Maarib, Sana’a di Yamen, Lombok, Sulawesi, dan Sumbawa di Indonesia, kem-kem pelIarian Syiria di Zaqtari, Irbid dan Mafraq Jordan, Beirut Lebanon- termasuk misi ke Gaaza pada 2019 bersama PASRelief dan beberapa NGO lain. 


Walaupun tak dapat menembusi sekatan sempadan dan kebetulan waktu kami tiba di Kaherah, IlsraeI sedang membeediI Gaaza, kami telah ikhtiarkan sehingga lumat segala jalan dan kaedah untuk masuk dan memastikan dana yang dibawa hasil sumbangan orang ramai sampai tepat kepada sasaran.


Kami berhubung dengan Saudara Nadir An Nuri sejak awal lagi, bertanya dan memaklumkan keperluan utama di sana, supaya beliau dapat bantu apa saja keperluan atas kapasiti beliau dan pengalaman menguruskan dana kemanusiaan. Paling mustahak adalah keizinan dan jalan-jalan untuk masuk ke Gaaza.


Kami turut dibantu oleh NGO-NGO PaIlestin yang berkredibiliti yang berpangkalan di Malaysia, di Mesir, di United Kingdom, dan orang perhubungan atas tanah dan di bawah tanah di Mesir. Kedutaan kedua-dua negara dihubungi, dokumen-dokumen yang wajib dibereskan lebih awal. Semua langkah-langkah wajib mengenai hal ehwal imigresen izin masuk terletak di senarai teratas ‘checklist’ misi.


Pertama sekali peserta rombongan perlu menyediakan sendiri perbelanjaan tiket penerbangan, penginapan, makan minum dan belanja kecemasan sepanjang misi. Tidak ada wang untuk belanja asas ini, tidak boleh ikut. 



Kedua perlu dinyatakan jumlah dana yang berjaya dikutip, jumlah yang dibawa dan kos program yang dirancang untuk dilaksanakan.


Ketiga perlu dipastikan orang perhubungan kita di lokasi adalah warga tempatan atau rakan kerjasama sama ada pertubuhan atau individu yang boleh dipercayai, berpengalaman dan mempunyai rekod yang baik menguruskan bantuan kemanusiaan. 


Bangladesh adalah bumi yang ramai melahirkan tokoh ‘industri kemanusiaan’ (humanitarian industry)- mereka kaya pelIarian melarat. Ramai yang terkena dengan tokoh-tokoh itu, dan dana mungkin hangus separuh atau lebih besar daripada itu. 


Hal ini boleh diperiksa dengan rakan-rakan dari seluruh dunia yang pernah melakukan misi kemanusiaan sebelum ini. Pengalaman pihak lain adalah pasport untuk keselamatan dana, menjimatkan belanja dan masa kepada kita.


Perlu update secara harian apa yang sedang dilakukan sebelum, sepanjang dan selepas misi supaya para penyumbang termaklum duit mereka sedang berada di mana dan ke mana akan atau telah dibelanjakan. 


Apa saja barangan untuk sumbangan boleh didapatkan di lokasi atau bandar paling hampir, melainkan lokasi itu mosnah dan tidak ada yang boleh dibeli di sana. Hal ini perlu dirujuk kepada warga tempatan. 


Jika mereka boleh dapatkan barangan yang diperlukan, kita periksa pula harganya dengan rakan-rakan lain. Setahu saya Gaaza memiliki semuanya melainkan wang ringgit untuk membayar harganya. Demikian di tempat-tempat lain pun, mereka lebih tahu daripada kita. 



Mengenai misi ke Gaaza, kami terkandas di Mesir 8 hari, tetapi setiap peserta tidak duduk diam. Setiap hari kami ikhtiarkan kaedah dan jalan yang munasabah, berhubung dengan orang-orang perhubungan dari serata negara dan pertubuhan yang dapat membantu. 


Pada hari ke-3, ada pihak yang menawarkan bantuan untuk masuk ke Gaaza tetapi harus membayar kos tertentu (USD10,000 seorang peserta – sangat mahal – katanya sebagai pelbagai jaminan). Mereka sedang membawa masuk peserta dari Jordan pada waktu itu. Kami menolaknya kerana tidak ada biaya untuk tujuan itu. Kami khuatir ia bukan untuk penduduk Gaaza tetapi untuk pihak lain.


Pada hari ke-4 itu juga kami dikunjungi wakil Pemerintah Gaaza yang berada di Mesir dan berjanji akan mencari ikhtiar supaya kami dapat masuk atau setidak-tidaknya dana yang dibawa sampai ke Gaaza. Mereka diarahkan oleh pihak di dalam Gaaza untuk menguruskan kami sedaya yang termampu. 


Mereka memberi beberapa opsyen. Wakil itu pula telah dipastikan melalui pemeriksaan dengan beberapa pihak dan kebetulan beliau adalah tokoh paling dihormati di kalangan pimpinan pihak berkuasa di PalIestin. 


Pada hari ke-5 mesyuarat diadakan untuk menentukan penyelesaian terbaik, buat semua pihak, terutama memastikan dana itu sampai dan kos penginapan dan makan minum tidak terus meningkat. Kami maklumkan kepada mereka keputusan dan opsyen yang kami ada. 


Setelah dua hari wakil itu berikhtiar, kami ditemukan dengan Prof Dr Muhammad Awad, Perdana Menteri pihak berkuasa Gaaza yang menyusup keluar menemui kami di satu ‘safe house’ di satu lokasi. Katanya jangan update apa-apa di media sosial sehingga dia berjaya masuk semula Gaaza. Dana itu bertukar tangan dan kami berangkat pulang ke Malaysia pada hari ke-9. 


Sebaik tiba di Malaysia, kami menerima gambar dan video majlis pengagihan dana yang kami serahkan kepada mereka. Walaupun serba sederhana, tetapi kami tahu ke mana dana itu disalurkan dan apa yang mereka dapat lakukan dengan bantuan itu. Saya berpuas hati dengan misi itu dan memaklumkan di page PASRelief dan kepada media mengenai perjalanan dan prosesnya.


Untuk misi ke Gaaza, PalIestin, Saudara Nadir An-Nuri adalah rujukan utama yang patut didahulukan kerana dia benar-benar memahami situasi di kedua-dua lokasi dan manusianya – penyumbang dan penerima.


Misi-misi kemanusian ke belahan bumi yang lain mempunyai catatan dan pengalaman berbeza, didasari latar belakang negara itu, kategori bencaana yang menimpa, situasi semasa di lokasi, ragam manusia, pihak berkuasa dan keadaan geopolitik tanah itu. Akhir sekali kami bentangkan laporan kewangan dan laporan aktiviti setiap misi kemanusiaan PASRelief untuk diperiksa oleh perwakilan dalam muktamar tahunan.


YAB MUHAMMAD SANUSI MD NOR

Menteri Besar

Kedah – HARAKAHDAILY 22/7/2021

No comments:

Powered by Blogger.