Berhenti gelar artis malaysia sampah, kata Nadia Brian

Anonymous
0

 




Baru-baru ini Nadia Brian ada mendedahkan dia ditawarkan peluang untuk berlakon drama di Hollywood. Namun, tawaran itu ditolak kerana perlu melakonkan adegan berbogeI.


Namun tawaran tersebut telah mendapat reaksi sinis dari netizen yang rata-rata memperlekehkan bakat si cantik manis ini.


Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Nadia meluahkan rasa kurang senang apabila masih ada segelintir individu yang sering memperlekehkan kualiti pelakon tempatan.



Nadia turut meminta orang ramai berhenti melabel artis Malaysia dengan gelaran ‘sampah’ hanya kerana tidak melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa.


Ujarnya, bukan kerana pelakon tempatan tidak berkaliber, namun sama juga seperti dirinya ditawarkan berlakon di Hollywood namun terpaksa menolak kerana ada babak yang tidak boleh dilakonkan.





“Semudah ini. Sebab itu saya marah kalau orang cakap pelakon di Malaysia hanya sampai situ sahaja.


“Hello, ada juga pelakon Malaysia dapat tawaran daripada Hollywood tetapi kami tak boleh buat atas sebab-sebab (adegan panas) macam itu la,” tulisnya dalam InstaStory sebentar tadi.


Bagaimanapun, pelakon yang pernah membintangi filem Ratu Kala Jengking itu tidak menyalahkan produksi Hollywood kerana babak panas merupakan satu kebiasaan di sana.





“Tidak mengapa, saya faham sebab itulah pasaran filem dan drama di Hollywood . Berclum dan berbogeI itu semua normal di sana malah dalam Netflix juga ada semua babak sebegitu.


“Saya percaya dengan rezeki Allah SWT. Jadi, mulai sekarang sudah boleh berhenti gelar artis Malaysia dengan gelaran ‘sampah’ atau ‘artis Malaysia tidak ke mana’,” katanya lagi.

Sumber : kosmo online

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)