(VIDEO) Nak jual buah pinggang sebab nak selesai hutang, tiktoker ini akhirnya tampil buat permohonan maaf terbuka

0

 



Seorang pengguna TikTok, daddy_keacy, telah mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka baru-baru ini selepas satu klip videonya menjadi tular yang menghebohkan netizen di Malaysia. 


Dalam video tersebut, lelaki tersebut mendakwa dia ingin menjual buah pinggangnya untuk menyelesaikan masalah hutang yang dihadapinya. 


Namun, selepas mendapat reaksi yang negatif daripada netizen, daddy_keacy mengaku bahawa dia tidak bermaksud untuk menjual buah pinggangnya dan membuat hantaran itu hanya untuk mencari perhatian. Dia mengaku menyesal atas tindakannya dan memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat.


“Jadi saya buat ‘jalan pintas’kepada sesiapa yang nak beli buah pinggang.


“Dan saya tidak sangka pula video tersebut Fyp,” katanya di dalam video berdurasi tiga minit yang dimuat naik di TikTok semalam.


Semakan yang dibuat oleh Malaysiakini menunjukkan bahawa pengguna TikTok tersebut, yang mengenali dirinya sebagai seorang tukang masak dan pengatur cara majlis, memberikan penjelasan kepada 2,337 pengikutnya tentang sebab dia ingin menjual organ, walaupun kemudian dia mengakui bahawa hantaran itu hanyalah satu jenaka semata-mata.


Sejak itu, daddy_keacy telah memuat naik beberapa video sejak 25 Mac lalu dan mengakui menggunakan rakaman yang diambil semasa temuduga kerjanya di Singapura untuk menarik perhatian dan menambah pendapatannya di TikTok. Walaupun begitu, dia mengakui bahawa tiada keuntungan yang diperoleh dari video tersebut.


Adalah tidak dapat dipastikan jika kenyataan daddy_keacy tersebut berkaitan dengan dakwaan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, yang menyatakan bahawa rakyat Malaysia terpaksa menjual buah pinggang mereka atas faktor kesempitan hidup. 


Wan Ahmad Fayhsal, yang juga merupakan ketua Pemuda Bersatu (Armada), menggunakan hujah tersebut untuk mendesak kerajaan membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sekali lagi.


Pada hari yang sama, daddy_keacy membuat permohonan maaf secara terbuka kepada kerajaan Malaysia dan Singapura kerana membuat kenyataan palsu.


@daddy_keacy Pemohonan Maaf Secara Terbuka. Isu penjualan buah pinggang. #fypシ #ramadhan2023 #inspirasiramadan #tiktokmalaysia #malaysia #johor #singapore #maaf ♬ bunyi asal - Come To Daddy



“Saya harap kerajaan Singapura dapat menerima permohonan maaf saya.


“Saya juga ingin memohon maaf kepada kerajaan Malaysia yang mana orang menyalahkan saya mengenai desakan hidup hingga perlu menjual organ mereka.


"Benda tu (masalah kewangan) memang merdesak tapi tidak sampai saya mahu menjual buah pinggang,” katanya.


Ahli Parlimen Bandar Kuching Kelvin Yii sebelum ini menuntut Wan Ahmad Fayhsal mengemukakan bukti berhubung "dakwaan serius" yang dibuatnya itu.


Selain itu seorang doktor yang juga pakar dalam pendermaan organ Dr Abdul Jabbar Ismail turut menyatakan rasa kesal dengan dakwan Wan Ahmad Fayhsal kerana ia menjejaskan usaha menggalakkan orang ramai menderma organ.


Sumber : Malaysiakini


Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)