Tak mahu menunggu lagi, saya nak hamil tahun ni juga, kata Elizabeth Tan

0

 



Penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan atau Lizzy, 30, merancang untuk hamil dan menimang cahaya mata pada tahun ini juga kerana usianya makin meningkat.


Lizzy berkata, dia tidak mahu menunggu lagi dan sudah tiba masanya untuk dia dan suami, Dr Siew Jim yang dikahwininya dua tahun lalu untuk menimang anak.


"Tahun ini, saya dan suami cuba untuk dapatkan 'baby' (anak). 'I cannot wait' (saya tak boleh tunggu). Saya dah tak sabar nak jadi seorang ibu. Dah dua tahun pun kami berkahwin.


"Apabila saya hamil dan kami ada anak nanti, bolehlah tinggal bersama kerana dia (suami) kena tolong saya jaga anak juga. Tapi, sekarang kami masih tinggal berasingan," katanya.




Penyanyi lagu Knock Knock ini berkata, dalam seminggu mungkin empat ke lima hari suami akan datang rumahnya mengikut rutin yang sudah terbiasa dilakukan.


Mengulas hubungannya dengan suami yang begitu romantik di media sosial, Lizzy tidak menafikan ada perbalahan dalam rumah tangganya dan bukanlah gembira sepanjang masa seperti yang dipaparkan di media sosial.


"Apa yang dipaparkan di Instagram itu tak boleh percaya. Mana ada kami bahagia saja sepanjang masa. Kami pun sama macam pasangan lain, sering bergaduh juga.




"Orang tengok kami manis apa semua, tapi di belakang kami pun pernah bergaduh besar sebab salah faham. Banyak kali juga gaduh teruk, tapi biasalah masalah dalam rumah tangga," katanya.


Ditanya mengenai cemburu kerana suaminya memiliki wajah kacak dan bertugas di hospital, Lizzy berkata, dia tidak mengongkong suaminya, namun sering menghubungi dengan membuat panggilan telefon dan mengirim mesej.


Lizzy atau atau nama sebenarnya, Tan Su Mei berkahwin dengan Siew Jim pada 20 Mac 2021 dalam majlis tertutup yang dihadiri keluarga dan kenalan rapat kerana mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 ketika itu.


Sumber :Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)