Sudah lama pendam rasa, nak cakap malu tapi tiada suami yang boleh terima isterinya curang dengan suami orang lain, kata Syamsul Yusof

0

 


Beliau jarang berkongsi kisah peribadinya dengan orang ramai, tetapi pengarah filem Syamsul Yusof terpaksa meluahkan isi hatinya apabila mendakwa isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana telah berkhianat dengan menjalin hubungan sulit dengan bekas kekasihnya semasa zaman belajar yang kini sudah berkahwin.


Syamsul atau nama penuhnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, 39, memberitahu perkara itu sebagai salah satu alasan yang dinyatakan dalam permohonan nusyuz yang dibuat terhadap Puteri Sarah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada hari Selasa.


Pengarah filem Munafik itu berkata kepada media bahawa dia tidak dapat menerima perlakuan isterinya yang tidak setia dan sukar baginya untuk membongkar perkara itu dalam tuntutannya.


"Sebagai seorang suami, saya juga sudah memedam rasa dan nak cakap pun malu. Tiada suami yang boleh terima isterinya curang dengan suami orang lain," katanya kepada pemberita.




Beliau mendedahkan perkara itu kepada media yang menunggu di luar mahkamah selepas mengemukakan permohonan berkenaan lebih kurang pukul 3 petang dengan didampingi oleh peguamnya, Azmi Mohd Rais.


Walaupun begitu, Syamsul mengaku masih mencintai Sarah dan berharap masalah di antara mereka dapat diselesaikan secara aman.


Sementara itu, Azmi memberitahu bahawa salah satu alasan lain Syamsul membuat permohonan tersebut adalah kerana Puteri Sarah telah meninggalkan rumah tangga mereka sejak Oktober 2020 tanpa kebenaran.


Selain daripada itu, isterinya itu juga didakwa masih berhubung dengan bekas kekasihnya, Puteri Sarah juga didakwa tidak mengendahkan notis nusyuz dan membuat tohmahan terhadap Syamsul seperti mendakwanya memukul dan tidak memberi nafkah.


Pada 7 Mac lalu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Syamsul tidak bersetuju untuk menceraikan Puteri Sarah kerana masih percaya ada peluang untuk mereka berbaik semula.




Oleh itu, Hakim Syarie mahkamah tersebut, Akmalludin Ilyas mengarahkan kedua-dua belah pihak menunjuk wakil Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan penceraian mereka.


Sebelum ini, Puteri Sarah sebagai plaintif telah membuat permohonan penceraian di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.


Untuk makluman Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan mereka mempunyai dua orang anak iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5 tahun.


Pada 6 Januari lalu, Syamsul telah mengumumkan bahawa dirinya telah beristerikan Ira Kazar di Thailand dengan wakil walikan ayahnya, Kazar Saisi.

Sumber : mStar Online

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)