Sudah cecah 50 tahun, pernampilan terbaru Syafinaz Selamat terima pujian ramai netizen

0

 


Baru-baru ini viral satu perkongsian video di media sosial yang memaparkan penyanyi yang juga guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video di Instagram memaparkan dirinya tampil berhijab.


Penyanyi yang berusia 50 tahun kini sedang mempromosikan karnival sempena peristiwa Israk Mikraj yang akan diadakan di sebelah Masjid Negeri, Seremban pada 17 dan 18 Februari ini.


Yang menarik perhatian ialah penyanyi lagu "Persis Salju" itu memakai hijab dengan solekan yang ringkas, yang telah mendapat pelbagai reaksi daripada pengikutnya.


Bahkan ada netizen yang menyatakan bahawa mereka merasa sejuk hati melihat Syafinaz tampil dengan sopan dan berdoa agar dia akan terus mempertahankan imej tersebut suatu hari nanti.




SUMBER : ROTIKAYA


Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)