Gesaan pecah monopoli Melayu dalam perkhidmatan awam tidak wakili PH atau DAP, kata Perdana Menteri

0

 


Penafian : Gambar sekadar hiasan

Datuk Seri Anwar Ibrahim melihat gesaan agar beliau memecahkan monopoli Melayu dalam perkhidmatan awam sebagai pandangan peribadi sahaja.


Perdana Menteri menjelaskan bahawa ajakan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy itu bukanlah kenyataan yang mewakili DAP atau Pakatan Harapan.


“Itu pandangan peribadi beliau. Jika ada keperluan untuk menimbang (perkara itu), kami akan menimbangnya.



“Tetapi itu bukan pandangan DAP dan perkara itu tidak dibangkitkan untuk dipertimbangkan kerana keadaan sekarang saya tidak fikir ia satu masalah.


Saya tidak fikir di kawasan ini ada masalah, tetapi kita tidak akan menghalang orang daripada bersuara atau menawarkan pandangan.


“Mereka boleh (memberi pandangan), tetapi ia tidak akan mempengaruhi DAP atau kerajaan," katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah dan Karnival Kerjaya MYFutureJobs 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini.



Sebelum ini, media melaporkan bahawa Ramasamy meminta Anwar untuk mereformasi perkhidmatan awam kerana sektor tersebut kini didominasi oleh orang Melayu.


Beliau juga mengatakan bahawa Anwar sedar akan keperluan untuk memecahkan monopoli orang Melayu terhadap perkhidmatan awam, dan tidak setuju dengan alasan bahawa orang bukan Melayu menjauhi dari perkhidmatan awam kerana kekurangan peluang untuk naik pangkat.


Sumber: AWANl

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)