Daripada 58 Kg Naik 68 Kg, Nak Salahkan Siapa Sebenarnya Ni, Tanya Watie

0

 


Hubungan erat antara pelawak dan pemandu radio, Shuib dan seorang usahawan dan influencer yang dikenali sebagai Watie Hanifiah kini tidak lagi rahsia.


Baru-baru ini, Shuib juga terbuka untuk berbagi cerita bahawa dia memiliki niat untuk memasuki tahap berikutnya, terutama setelah ibunya menyetujui hubungan mereka.


Sementara itu, melihat Instagram Watie, dia berkngsi cerita bahawa berat badannya sekarang sudah bertambah sebanyak 10 kilogram.




“From 58 kg to 68kg, nak salahkan siapa sebenarnya ni,” tulis Watie berseloroh di ruangan kapsyen.


Di ruangan komen, ramai mengusik pertambahan itu mungkin disebabkan Watie kini sedang bahagia menyulam cinta bersama bersama si dia.


“Salahkan Shuib.


“Salahkan cinta hati.


“Takpe, tetap cantik.  Ni semua salah Shuib.


“Sama hahaha.  Salahkan pasangan kita.


“Hati bahagia, takpe naik sikit, tetap cantik macam tu.


“68kg tapi sis tinggi, so still nampak kurus.

“Salah Shuib la ni.  Bahagia sangat ni, cepatlah kahwin.  Nak tengok Shuib happy-happy macam dulu lagi. Mana tahu dia boleh join Sepahtu semula,” usik sebahagian netizen.


Terdahulu, Shuib berkata dia menyenangi sikap penyayang yang dimiliki Watie, yang disifatkan sama seperti arwah isterinya, Allahyarham Siti Sarah.


“Dia seorang insan yang boleh diharap, penyayang, penyabar serta wanita yang dapat menerima saya seadanya,” kata Shuib.


Sumber : Media Hiburan

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)