Tiada jalan penyelesaian, Puteri Sarah fail perceraian pagi ini

0

 


Pelakon Puteri Sarah Liyana, 38, memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya yang juga pengarah kontroversi, Syamsul Yusof, 39, di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, di sini, pagi ini.


Puteri Sarah berkata, tuntutan cerai dibuat selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu tidak menemui jalan perdamaian, selain enggan bermadu selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah kali kedua dengan Ira Kazar di Thailand, baru-baru ini.


Malah, Puteri Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin menegaskan, keputusan memfailkan perceraian adalah muktamad dan tidak akan menarik balik hasratnya walau apapun berlaku.



Menerusi temubual bersama BH, Sabtu lalu, Puteri Sarah menyangkal tuduhan dirinya anti poligami hanya kerana tidak sanggup bermadu.


"Ramai tuduh saya anti poligami. Mereka kata saya tak nak ikut suruhan Allah, tetapi itu semua tak betul.


"Cuma saya, Syamsul dan pastinya, isteri baharunya, keluarga dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) sahaja tahu apa yang berlaku di sebaliknya.


"Jadi, Sarah rasa cukup-cukuplah," katanya.



Konflik rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi anak Datuk Yusof Haslam itu tidak pernah membuka mulut mengenainya.


Susulan pengakuan Syamsul, topik berkaitan kemelut rumah tangganya dan kehadiran Ira Kazar sebagai isteri kedua hangat diperkatakan sehingga 'trending' dalam media sosial.


Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.

Sumber : Berita Harian Online

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)