"Korang semua sayuran!” - Netizen tersinggung dengan Suami Fatin Afeefa, bangga tayang raih RM67000 sehari

OhMyPress
0

 


Terbaru, tular video dikongsikan semula oleh netizen dimana Fatin terkejut suaminya bergurau menyebut perkataan cerai namun pantas menjelaskan keadaan sebenar.


“Sumpah tak kelakar saya tengah buat live,” soal Fatin.


“Saya punya sifat suka kumpul kereta mewah. Mana saya nak ceraikan awak,” katanya sambil mencium dahi isterinya.


Fatin juga dilihat membuat aksi mesra bersama suami dan berseloroh membahan netizen yang masih ‘single’. Malah, suami Fatin juga turut menayang keuntungan yang diperoleh selama seminggu hasil daripada pelaburan saham online.


“Dah la single tak ada duit pula tu. Sweet dengan bini murah rezeki. Hari ini saja dah dapat 15,500 USD (RM67,000). Minggu ni saja dah buat 17,500 USD (RM76,000). Korang semua sayuran!” kata Aliff.




Diruangan komen, rata-rata netizen tersinggung dan terasa hati dengan kenyataan suami Fatin itu. Kata netizen lagi, apa yang penting rezeki halal dan tidak baik memandang hina terhadap orang lain.


Dalam pada itu, ada yang mengatakan jika mereka dapat suami takbur sudah pasti dia akan angkat kaki. Tidak kurang juga, ada yang mengatakan suami Fatin seolah menyindir seseorang. 

Sumber : Rotikaya

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)