Chot perlu sedikit masa bertenang sebelum beri kenyataan perkahwinan barunya

0

 


Pelawak, Chot XOXO memerlukan sedikit masa untuk bertenang sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan kontroversi yang melibatkan pernikahan baharunya dengan isteri, Zurina Badron. 


Chot atau nama sebenar Hazmeer Hassan yang sekarang bergelar suami kepada Zurina yang juga kakak kepada penyanyi, Syura Badron berkata, dia tidak dapat mengulas lanjut dalam keadaan sekarang.


"Buat masa sekarang, saya tak dapat nak mengulas lanjut atau keluarkan sebarang komen. Saya perlukan sedikit ruang dan waktu," katanya kepada Harian Metro.


Terdahulu, bekas isterinya, Siti Zafirul Azzah atau Jaja, memuat naik hantaran di Instagram, mendakwa persoalan mengenai kekacauan dalam rumah tangga mereka.




Jaja yang juga peserta program nyanyian Getaran Jiwa 2022 itu mengingatkan agar bekas suaminya tidak lupa akan tanggungjawab untuk membayar nafkah kepada anak mereka.


"Beribu-ribu tahniah Hazmeer dan Zurina Badron. Semoga bahagia di atas air mata orang lain. Perasaan anak, langsung tak hiraukan. 


"Ada anak 'instant', jangan lupa jenguk anak bin sendiri. Selepas ini, nafkah anak jangan lupa pula," tulisnya.



Sementara itu, Zurina memuat naik hantaran di Instagram Story dan mengucapkan terima kasih kepada keluarganya atas kata-kata semangat yang diberikan.


"Terima kasih mak, ibu dan ayah untuk doa, restu dan kata-kata semangat yang tak pernah putus buat kami. Semoga Allah memberkati ikatan ini hingga ke syurga. Amin.


"Saya sayang kamu, suami, Chot XOXO," tulisnya.

Sumber : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)