Header Ads

Terpijak kucing sedang tidur, kulit jadi hitam selepas digigit

Walaupun keadaan bengkak pada kaki kanannya akibat digigit kucing semakin surut, seorang pencari tiram dihimpit kebimbangan apabila ia kini bertukar warna kehitaman.

Roslaili Zakaria, 51, berkata masalah itu bermula apabila kakinya digigit kucing akibat terpijak haiwan terbabit yang sedang tidur kira-kira dua minggu lalu menyebabkannya membengkak dari hari ke hari sehingga kulit menggelembung dan saakit.

Menurutnya, keadaan kakinya kini berubah menjadi kehitaman menyebabkannya terpaksa menggagahkan diri untuk berjalan walaupun terhincut-hincut.

"Selepas kejadian itu, saya segera ke klinik swasta untuk menerima rawatan sebelum diberi suntikan kerana difahamkan gigitan kucing agak berbisa.

"Bagaimanapun, keadaan kaki kanan terus membengkak dan menggelembung seakan melecur, malah kesaakitannya juga sangat luar biasa," katanya.

Roslaili berkata demikian selepas menerima kunjungan Pengerusi Cempaka Merah Asnaf Society, Che Norhayati Mohamed yang turut menyampaikan makanan asas serta sumbangan wang zakat di rumahnya di Kampung Lapang Pari di sini.

Menurut Roslaili, melihatkan keadaan dirinya, anaknya yang berasa bimbang memaksanya supaya sekali lagi pergi ke klinik dan doktor hanya membekalkannya ubat.

Katanya, doktor memaklumkan keadaan itu adalah proses penyembuhan, malah pemeriksaan lanjut juga mendapati tiada jangkitan kuman dikesan dalam darahnya.

"Saya tetap rasa bimbang kerana menghidap penyaakit kencing manis sejak lima tahun lalu. Keadaan kaki kini sudah surut bengkaknya, cuma berubah menjadi kehitaman dan mengandungi nanah.

"Sebenarnya, saya langsung tidak menyangka hanya dengan sedikit gigitan sahaja mampu menyebabkan kecederaan teruk," katanya.

Menurutnya, mata pencarian keluarganya turut terjejas sepanjang proses penyembuhan dan hanya bergantung kepada suami, Mohd Zin Abdullah, 57, yang bekerja kampung.

Orang ramai yang ingin membantu keluarga ini boleh menghubungi Roslaili di talian 013-9755243.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Harian Metro

No comments:

Powered by Blogger.