Saya bukan 'daring', saya cuma mengikut cakap dan kehendak pengarah saja, kata Baby Shima

encik gotenks
0

Baby Shima mendakwa hanya mengikut kehendak pengarah video muzik single Baby Sayang yang menyaksikan dirinya bekerjasama dengan usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman seperti yang hangat diperkatakan, beberapa hari lalu.

'Teaser' video muzik yang dikongsi Aliff di Instagram (IG) antara lain memaparkan aksi Baby Shima bergelek yang dianggap keterlaluan dan mencoIok mata, hingga menjadi topik hangat netizen.

Baby Shima atau nama sebenar, Nur Ashima Ramli, 30, menjelaskan, sebagai penyanyi profesional, dia perlu mengikut arahan pengarah.

"Saya bukan 'daring'. Apa yang saya gayakan dalam video muzik itu adalah mengikut kehendak 'wardrobe' (bahagian penataan gaya) dan kehendak pengarah.

Baby Shima berkata, apa yang dilakukan bukanlah kerana ingin relevan dalam industri hiburan, sebaliknya, dia hanya mahu berkarya.

"Jika karya itu menjadikan saya kekal relevan, maka, itu adalah bonus buat saya.

"Saya cuba menjadi artis yang kekal dengan karya terbaharu mengikut perkembangan zaman. Jadi, saya amat menitik beratkan lagu yang mahu dinyanyikan.

Sehubungan itu, Kak Long meminta semua pihak supaya berhenti menyalahkan Aliff dan Baby Shima.

"Cuma saya tidak faham mengapa soal menyanyi sambil bergelek dijadikan isu. Ini perkara biasa yang dilakukan penyanyi dangdut," katanya.

Ditanya apakah dia tidak memikirkan perasaan keluarga dengan kontroversi dicetuskan, Shima menjelaskan, mereka faham kerjaya sebagai selebriti.

"Keluarga tahu saya bekerja dalam dunia hiburan. Mereka tiada kena mengena dengan kritikan yang diterima.

"Dalam hal ini, saya tidak peduli dengan kecaman netizen. Saya tidak boleh kawal kata-kata netizen.

"Mereka yang dakwa saya beraksi Iuucah dan sebagainya, mungkin disebabkan mereka yang banyak menonton dan berimaginasi yang bukan-bukan," katanya.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Berita Harian

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)