Pakaian diconteng dan digunting, pelajar perempuan dipotong rambut semasa tidur di MRSM masih misteri

encik gotenks
0

Pakaian diconteng dan dikerat, malah rambut pelajar perempuan pula dipotong. Itu kejadian menimpa pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuantan di sini yang masih belum dirungkai siapa pelakunya sehingga kini.

Berdasarkan catatan di media sosial, seorang wanita bernama Nazrah Mohamed mendakwa, kejadian yang melibatkan anaknya itu berlaku sejak 17 Jun lalu sehingga kini.

“Pada 17 Jun lalu, uniform sekolah anak saya dijumpai di ampaian telah diconteng selain sehelai baju batik sekolah pelajar senior di blok asrama puteri yang sama.

“Pada 19 Jun, uniform anak saya berwarna kuning dijumpai di ampaian digunting di bahagian lengan,” katanya menerusi hantaran di akaun Facebooknya baru-baru ini.

Menurutnya, kejadian itu berulang lagi apabila lima baju aktiviti dan lima uniform anaknya serta beberapa pelajar lain yang disidai di ampaian digunting pada 7 dan 8 Ogos lalu.

Katanya, lebih merisaukan pada 12 Ogos lalu, rambut anak perempuannya dan dua lagi pelajar dipotong ketika mereka sedang tidur.

“Kami menuntut MRSM Kuantan mencari pelaku itu segera dan mengenakan tindakan mkerana kejadian melibatkan body contact dan bukan lagi kes geengsterism atau perbuatan khiianat, tetapi kes jnayah.

“Kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika pihak maktab dan Majlis Amanah Rakyat (Mara) lambat bertindak,” ujarnya,

Sementara itu, polis semalam mengesahkan menerima dua laporan berhubung kes buli membabitkan pelajar MRSM Kuantan.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, laporan itu dibuat pihak warden dan ibu pelajar perempuan terlibat.

‘Setakat ini siasatan masih dijalankan mengikut Sesyen 147 Kanun Kesekksaan iaitu ksalahan perbuatan khianat,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Menurutnya, perkembangan lanjut mengenai kes itu akan dimaklumkan dalam masa terdekat kerana memerlukan siasatan teliti.

Dalam pada itu, di Serdang, Selangor, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menyerahkan isu buIi membabitkan pelajar di MRSM Kuantan kepada polis.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, beliau akan meneliti laporan lengkap siasatan kes itu.

“Apabila sudah buat laporan polis, kita tak mahu komen apa-apa lagi, biarlah polis siasat,” katanya selepas melawat Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2022.

Beliau memberi amaran bahawa tindakan tegas termasuk dibuang sekolah akan diambil terhadap pelajar terlibat kerana amalan buli adalah serius.

“Di MRSM Kepala Batas miisalnya, pelajar yang membuli dibuang sekolah,” katanya..

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Kosmo! Online

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)