Netizen tergamam tidak percaya lihat pernampilan Jeslina Hashim bercuti di Bali

encik gotenks
0

Penyanyi era 90-an, Jeslina Hashim sekali lagi meraih perhatian pengguna media sosial selepas memuat naik sekeping gambar di Instagram ketika percutiannya di Bali baru-baru ini.

Jeslina yang mesra disapa Jes dikenali menerusi lakonannya dalam filem Seri Dewi Malam menggayakan gaun berwarna putih dan sedang duduk di atas kapal, melihat pemandangan laut.

Gambar berkenaan bukan sahaja menampakkan bahagian bahu dan kaki Jes, malah hampir mendedahkan seluruh bahagian peha dan pinggul pelakon berusia 44 tahun itu.

Beberapa netizen dilihat menegur dan berkata penampilannya terlalu sekksi malah ada seorang individu sempat menasihatinya untuk berubah memandangkan Jes kini sudah berusia.

"Sepatutnya makin tua makin sedar diri.. Banyakkan amalan." Demikian antara komen yang ditinggalkan oleh pengguna media sosial.

Penyanyi Ku Intai Cinta Dalam Rahsia itu bagaimana pun selepas itu menutup ruangan komen untuk gambar berkenaan.

Menerusi komen di sebuah forum, seorang netizen berkata Jes memang berpakaian sebegitu sejak dari dulu.

Tetapi kebanyakannya mengutuk penampilannya kerana tidak seiring dengan usia dan statusnya sebagai seorang ibu.

Masih menggayakan rambut pendek, penampilan Jeslina berbeza di awalan kerjaya sekitar 1998 dan seiring dengan peredaran masa.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)