Kerana pod, paru-paru saya bocor mengejut, kata Faizin Azmi

encik gotenks
0

"Apa yang berlaku membuatkan saya serik dan menjadi titik permulaan untuk berhenti menghiisap pod (rok0k elektronik)," kata Faizin Azmi.

Faizin, 24, kini menerima rawatan di sebuah hospital swasta di sini selepas mengalami 'spontaneous pneumothorax' atau paru-paru bocor mengejut kesan ketagiihannya terhadap pod.

Kisah Faizin mendapat perhatian selepas dia berkongsi pengalamannya dimasukkan ke hospital kelmarin hingga dadanya ditebuk menerusi Twitter.

"Kira-kira jam 9 pagi kelmarin (Khamis), saya terjaga daripada tidur dan ke tandas. Ketika itu, saya berasa dada sempit dan ingatkan terseliuh otot (muscle sprain) jadi sapu minyak angin tetapi sempat beritahu emak sebelum tidak sedarkan diri.

"Selepas terbangun, hari sudah petang dan saya sedar dada sudah ditebuk dan dipakaikan tiub pada badan. Apa yang saya ingat ketika itu adalah saya dipakaikan alat bantuan pernafasan dan dipindahkan dari Hospital Putrajaya ke hospital sekarang," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Faizin berkata, keadaannya kini bertambah baik cuma masih perlu berehat dan mendapat rawatan di hospital

Menurut Faizin, dia tidak keseorangan tetapi ditemani ibu bapanya di dalam wad.

"Menurut doktor, pneumothorax berlaku akibat cecair daripada pod yang saya hisap tersumbat di dalam paru-paru dan mereka yang tinggi, kurus dan per0kok tegar adalah individu berisiko mengalaminya.

"Saya akui seorang penghiisap pod tegar dan menjadikannya (pod) alternatif selepas berhenti merokok kira-kira tujuh tahun lalu.

"Pernah juga terfikir untuk berhenti sebelum ini namun agak sukar kerana saya sendiri sudah mer0kok sejak berusia 14 tahun jadi sudah lama ketagiih.

"Apa yang berlaku ini mungkin ada hikmahnya dan saya bersyukur diberi peluang kedua oleh Allah untuk hidup. Semoga ia menjadi asbab saya berhenti (menghiisap pod) buat selamanya," katanya penuntut Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan di Universiti Heriot-Watt, Putrajaya itu.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)