Header Ads

Hasil sebulan berniaga, remaja 17 tahun sudah mampu beli kereta honda civic secara tunai

Hidup dizaman serba canggih ini sebenarnya sudah tiada alasan lagi untuk kita katakan tidak mampu cari duit sendiri, janji kita rajin.

Ramai anak muda kini mampu tersenyum lebar apabila sudah mampu berjaya pada usia yang baru setahun jagung dengan menjana pendapatan melalui platform media sosial dan shopee atau lazada contohnya.

Baru-baru ini, viral satu video video di aplikasi TikT0k, seorang gadis berusia 17 tahun bernama Nur Haniy berjaya membuktikan bahawa dia juga boleh berjaya meskipun dia hanya ‘budak SPM’.

@shzkyle11alhamdulillah umur 17 tahun dah dapat beli kereta honda civic cash . hasil sebulan berniaga . nak tak i share how dpt beli kereta @ayunieso24 ##fyp

♬ BUNYI ASAL – NRHANIY_

Siapa sangka, hasil sebulan berniaga Haniy berjaya membeli sebuah kereta Honda Civic secara tunai.

Perkongsian Haniy itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengagumi usahanya yang bekerja keras untuk mencapai impian.

Tidak kurang juga, ramai yang memuji anak-anak muda sekarang yang sudah fikir jauh kehadapan dan sudah pandai dalam perniagaan.

Dalam pada itu, ramai yang berharap gadis itu akan menyambung pelajaran meskipun sudah berjaya dalam perniagaan kerana ilmu itu sangat penting.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Gulapop

No comments:

Powered by Blogger.