Cukup-cukuplah jadikan Sabah, Sarawak lambakan polis bermasalah, kata Datuk Dr Jeffrey Kitingan

encik gotenks
0

Penafian : Gambar yang digunakan dalam artikel ini hanya sekadar hiasan

Tindakan menjadikan Sabah sebagai tempat menghantar anggota polis bermasalah disifatkan sebagai sesuatu yang salah dan tidak dapat diterima walaupun ia sebahagian daripada prosedur disiplin.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu menghentikan tindakan seumpama itu yang dianggapnya tidak sensitif dan tidak bertanggungjawab.

"Perkara ini perlu diperbetulkan segera. Sabah sudah berdepan pelbagai ancaaman keselamatan seperti Ianun, pencuIikan dan kehadiran anggota kumpulan penggaanas Abu Saayyaf..

"Di sebalik semua masalah ini pula, pihak polis menganggap tindakan menempatkan anggota polis bermasalah untuk melindungi keselamatan kita sebagai sesuatu yang bagus.

"Ini sesuatu yang salah dan tidak dapat diterima meskipun ia adalah sebahagian daripada prosedur disiplin," katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Jeffrey yang juga Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) mengulas laporan baru-baru ini berhubung sembilan anggota polis terbabit dalam kegiatan peras uguut di Selangor yang ditukarkan ke Sabah dan Sarawak.

Beliau turut mempersoalkan rasional tindakan membenarkan anggota polis meneruskan kerja walaupun mereka masih di bawah siasatan jeenayah.

Katanya, bukan sesuatu yang rahsia bahawa Sabah sering menjadi pilihan sebagai destinasi untuk membuang penjeenayah dari negeri lain di negara ini.

"Berhenti gunakan Sabah dan Sarawak sebagai tempat 'membuang' masalah dari Semenanjung," katanya.

Semalam, Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor turut menyatakan kekesalannya terhadap tindakan itu yang sepatutnya dimaklum dan dibincangkan terlebih dahulu dengannya selaku Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri sebelum dilaksanakan.

Pelbagai pihak turut memberi maklum balas yang sama terhadap tindakan berkenaan kerana dilihat seolah-olah menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai tempat membuang penjawat awam bermasalah.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi dilaporkan berkata seramai sembilan anggota polis yang terbabit dalam peras ugut seorang ahli perniagaan di Selangor baru-baru ini ditukarkan ke Sabah dan Sarawak.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Berita Harian

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)