CIMB minta pelanggan berwaspada ancaman jnayah siber yang semakin berleluasa

encik gotenks
0

Penafian : gambar yang digunakan hanyalah sekadar hiasan semata-mata

CIMB menyarankan pelanggannya supaya sentiasa berwaspada dan memainkan peranan mereka dalam melindungi diri daripada jnayah siber.

Menurut bank tempatan itu, pelanggan diingatkan supaya jangan berkongsi butiran seperti OTP, nombor kad, ID Pengguna, PIN, TAC, kata laluan dengan sesiapa sahaja atau memasukkan butiran berkenaan pada mana-mana laman web selain daripada CIMB Clicks serta aplikasi perbankan mudah alih CIMB.

"Sentiasa semak semula alamat atau URL laman web secara teliti sebelum anda klik pautan berkenaan atau masukkan butiran anda.

"Semua pelanggan dinasihatkan untuk menghubungi pusat panggilan kami dengan segera di 03-62047788 sekiranya terdapat transaksi atau aktiviti yang mencurigakan. Rujuk laman cimb.com.my/sec untuk info lanjut," katanya ketika menjawab pertanyaan menerusi e-mel mengenai terdapat dakwaan kehilangan wang dalam akaun bank seorang pelanggannya.

Kelmarin seorang pakar perubatan, Dr Rafidah Abdullah mendedahkan wang berjumlah RM13,000 miliknya lesap daripada akaun bank CIMBnya.

"Sudah hampir 30 tahun dengan CIMB. Hari ini sangat sangat kecewa dengan CIMB. Langsung tiada sekuriti. Takkan lah 3 transaksi melalui CIMB click berjumlah RM13 ribu pada 2-2:30 pagi tidak ada trigger langsung? Langsung tidak ada minta TAC. Lesap dalam sekelip mata.

"This is absolutely ridiculous. Nampaknya duit TIDAK SELAMAT dengan CIMB bank. Saya dah report ke CIMB, polis dan sebagainya. Setakat ini feedback adalah kalau scammer dah keluarkan duit, duit itu tidak akan dapat dipulangkan.

Tidak apa. Saya redha," katanya di laman Facebook peribadinya.

Dr Rafidah turut menafikan beliau ada memuat naik aplikasi yang pelik sehingga membolehkan datanya diceroboh daripada telefon milikya.

"Untuk pengetahuan semua, saya menggunakan iPhone dan tidak memuat naik aplikasi pelik. Mungkin ada yang dapat maklumat saya. Saya sudah buang semua aplikasi di telefon dan reset.

"Saya sudah buat laporan polis, CIMB, bank yang menerima duit saya (Hong Leong), email semua dan saya telah hantar laporan ke Bank Negara Malaysia.

"Saya sudah anggap duit itu bukan rezeki saya. Tapi apa yang saya bimbang adalah apa yang saya baca. Nampak ramai sungguh yang terkena scam/hack begini. Sedih saya dengar Mak Cik Pak Cik dan rakyat yang kehilangan pendapatan dan simpanan mereka," kataya.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Berita Harian Online

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)