Bapa kesal, anaknya terima sumbangan uniform sekolah tidak berkualiti

encik gotenks
0

Baru-baru ini viral satu perkongsian di laman sosial yang memaparkan luahan hati seorang bapa yang meluahkan rasa kesal apabila mendapati baju seragam sekolah yang diterima oleh anaknya sebagai sumbangan tidak berkualiti.

Menurut Abd Kader Abdrahman, kualiti baju seragam yang diberikan oleh pihak sekolah kepada anaknya itu amat menyedihkan kerana jarang dan tidak sesuai untuk dipakai oleh murid-murid.

Katanya, pihak yang terlibat dalam pengagihan sumbangan ini perlu tampil ke hadapan dan memberikan alasan munasabah atas tindakan yang telah diambil untuk memberikan pakaian dengan kualiti sebegitu rupa.

“Saya bukan tidak bersyukur, tetapi kalau bajetnya kecil, kurangkan penerima dan beri kepada yang betul-betul layak.

“Ini bagi memastikan program ini betul-betul memberi manfaat kepada penerima dan bukannya menjadi alat mencari keuntungan oleh sesetengah pihak,” katanya menerusi satu hantaran di laman Facebook, baru-baru ini.

Abd Kader turut menegaskan agar pihak yang bertanggungjawab dapat memastikan saiz yang diterima oleh murid-murid adalah betul.

“Pastikan saiz yang betul dan jangan budak pakai XXL diberikan M kerana ia merupakan satu pembaziran.” Katanya.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Sinar Harian

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)