Terlalu subur, doktor sarankan saya kahwin cepat, kata Iqbal Zulkefli

encik gotenks
0

Sebut saja nama Iqbal Zulkefli, pasti ramai mengenali usahawan sensasi itu apatah lagi sebelum ini pernah bercinta dengan usahawan kosmetik Datuk Seri Vida.

Meskipun sering dikecam oleh netizen, namun ia seolah tidak memberi kesan kepada usahawan sensasi Iqbal Zulkefli yang dilihat sudah lali dengan perkara itu.

Lama tak degar cerita, baru-baru ini perkongsian Iqbal menjadi perhatian apabila mengakui dia pernah melakukan ujian kesuburan sebelum perkahwinan ‘tak jadi’ dengan Vida.

Menjawab persoalan netizen itu, Iqbal turut mengatakan doktor menyarankan untuk segera berkahwin kerana dirinya terlalu subur.

“Sebelum perkahwinan (yang tak jadi) hari itu, saya sudah jumpa doktor untuk periksa kesuburan. Alhamdulillah, semua baik. Malah, doktor sarankan saya berkahwin cepat sebab terlalu subur.

“Doktor risau saya menjadi stres. Entahlah, berkahwin kan jadi stres. Tak berkahwin stres lain pula. Apa-apapun, tentang zuriat terserah pada Allah yang beri,” katanya..

Iqbal turut berkongsikan pemeriksaan kesuburan dan anggaran kos yang perlu dibelanjakan bagi proses tersebut.

Menurut Iqbal, kos untuk melakukan pemeriksaan kesuburan air mani lelaki sekitar RM150 sehingga RM400, namun dia hanya perlu membayar RM50 sahaja.

Jelasnya lagi, sebelum melakukan pemeriksaan kesuburan air mani individu itu perlulah berpuasa atau tidak boleh bersama sekurang-kurangnya tiga hari.

Iqbal menjelaskan rawatan kesuburan air maani itu tidak semestinya dilakukan untuk orang yang berkahwin sahaja.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Rotikaya

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)