Pemuda 27 Tahun Kena denda RM7,000 kerana jual android box

encik gotenks
0

Bekas pemilik syarikat kelengkapan elektronik didenda RM7,000 oleh Mhkamah Sesyen, di sini, hari ini, selepas menjual kotak TV Android yang tidak diperakui, dua tahun lalu.

Hakim Norshila Kamaruddin menjatuhi hukuuman itu terhadap Ooi Hang Sheng, 27, selepas dia mengaku bersalah dan memerintahkan huk0man penjaara enam bulan jika gagal membayar denda.

Berdasarkan pertuduhan, Ooi didakwa menjual kelengkapan komunikasi tidak diperakui seperti dikehendaki oleh Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 iaitu tujuh unit Android TVBOX pelbagai jenama.

Dia didapati melakukan kesalahan mengikut Peraturan 16(1)(b) Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 dibaca bersama Peraturan 16(3) yang boleh dihuukum di bawah Peraturan 37 Peraturan-Peraturan sama.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah pusat beli-belah di Damansara Uptown, kira-kira jam 12.30 tengah hari pada 9 Julai 2020 yang jika sabit kesalahan boleh dideenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjaarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Ooi yang tidak diwakili peguam merayu hukuuman deenda minimum atas alasan kesalahan pertama dilakukan.

Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Nazrul Nizam Mohd Zameri meminta hukuuman setimpal dikenakan terhadap Ooi.

Norshila dalam penghakimannya berkata, tertuduuh perlu tahu undang-undang dan menjual peralatan asli saja.

"Untung atau tidak untung, mesti tahu undang-undang, you must sell original, ini satu kesalahan," katanya.

Mengikut fakta kes, peranti itu tidak menerima pensijilan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Sirim) dan tidak diperakui oleh SKMM.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)