Parking Depan Rumah Jiran Sesuka Hati Boleh kena denda sehingga RM5,000 atau penjara satu tahun

encik gotenks
0

Penafian : Gambar yang digunakan hanyalah untuk tujuan hiasan semata-mata

Dapat jiran yang baik satu anugerah tetapi bagaimana pula jika sebaliknya? Ini lah yang terjadi kepada seorang lelaki apabila jiran nya bertindak meletakkan kender4an dihadapan rumahnya t4npa memikirkan tuan rumah.

Kalau ada hal kecemasan seperti rumah terbakar atau perlu pergi ke hospital, lepastu si pemilik kereta tidur ke dalam rumah dan tak boleh dihubungi, nak buat macam mana? Jadi perlulah kita fikir tentang orang lain juga bukan kesenangan diri sendiri je.

Kalau mereka berdegil juga macam mana? Jangan risau, negara kita ada undang-undang.

Tahukah anda? Meletakkan kenderaan di hadapan rumah jiran atau di kawasan sekitarnya sehingga menyebabkan halangan lalulintas adalah salah di sisi undang-undang. Undang-undang tersebut adalah seperti berikut:

Sesyen 48 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

“Jika mana-mana pemandu sesuatu kenderaan motor menyebabkan atau membenarkan kenderaan motor itu dihentikan di mana-mana jalan dalam apa-apa kedudukan atau apa-apa keadaan atau apa-apa hal keadaan yang mungkin menyebabkan bahaya, galangan atau kesusahan tidak berpatutan kepada pengguna jalan yang lain atau kepada lalu lintas, dia melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau kedua-duanya.”

Manakala bagi sesiapa yang meletakkan kenderaan mereka di perkarangan rumah korang dengan sengaja pula mungkin boleh didakwa di bawah Akta Kesalahan Kecil 1955 (“AKK 1955”) atau Kanun Kesekksaan di atas alasan melanggar masuk atau trespass. Justeru, korang masih boleh membuat laporan polis keranan ia melibatkan harta persendirian.

Sesyen 22 Akta Kesalahan Kecil 1955

“Barangsiapa, tanpa alasan yang munasabah, melanggar masuk dengan sengaja ke dalam perkarangan rumah atau premis, ataupun sebarang hartanah, atau sebarang bot atau kapal….dan tidak dengan itu dalam kesemuanya di atas mengakibatkan sebarang kerosakan, ataupun tidak, dalam pendapat Majistret, mengakibatkan kerosakan yang lebih dari nominal, akan tertakluk kepada denda tidak lebih dari lima puluh ringgit.”

‌Langkah membuat laporan

Jadi apakah tindakan yang perlu korang buat? Ini merupakan saranan PDRM sekiranya perkara begini terjadi:

Berbincang dan berunding sebaik mungkin dengan pemilik kenderaan.

Jika mereka enggan, bolehlah membuat aduan kepada pihak Majlis Perbandaran

Boleh juga menghubungi pihak polis untuk dipertimbangkan

Jangan sesekali merosakkan kenderaan tersebut kerana ia boleh dikira satu perbuatan jenaya

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : MySumber>

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)