No komen. Ini lah komen saya, kata Syamsul Yusof

encik gotenks
0

Pengarah filem Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan, Syamsul Yusof, 37, enggan mengulas mengenai video membabitkan dia dan pelakon Kazar Saisi di sebuah kedai emas yang tular di Tik Tok, hari ini.

Syamsul yang dihubungi Harian Metro hanya menjawab ringkas tiada komen menerusi kiriman WhatsApp daripadanya berhubung perkara itu.

"No komen. Ini lah komen saya," tulisnya ringkas.

Menerusi video yang tular di Tik Tok itu, Syamsul dan Kazar dikatakan bekerjasama terbabit dalam 'content' untuk mempromosikan emas di sebuah kedai emas yang terletak di luar ibu kota.

Dalam video itu juga kelihatan hubungan Syamsul dan Kazar yang juga bapa kepada wanita dikenali Ira yang kini hangat dikaitkan dengannya serta kontroversi rumah tangga itu dilihat rapat, mesra dan profesional seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Bagaimanapun, rata-rata netizen di media sosial mengecam tindakan Syamsul yang disifatkan tidak sensitif untuk menjaga hati keluarga terutama isterinya, Puteri Sarah.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah kini berusia 3 tahun.

Khamis lalu, Puteri Sarah memfailkan satu tindakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, berserta dua aduan di pejabat agama terhadap Ira.

Sebelum ini, kemelut rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah didakwa berantakan kerana kehadiran orang ketiga dan atas sebab itu, mereka juga dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung lagi.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Harian metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)