Netizen tak senang duduk tengok anak dara Azhar Sulaiman menari, risau terlucut

encik gotenks
0

Sebut sahaja nama Kasih Iris Leona, anak gadis kepada pelakon Azhar Sulaiman sering menjadi perhatian kerana penampilannya yang agak seeksi sehingga mengundang rasa kurang senang netizen.

Baru-baru ini, video dikongsikan Leona sekali lagi menjadi bualan ramai apabila memaparkan gadis itu menari dengan memakai baju mencolok mata.

Menerusi video itu, Leona dilihat memakai baju berwarna pink yang mendedahkan bahagian dadanya bersama skirt pendek.

Seperti sudah dijangka, video itu menimbulkan rasa kurang senang melihat penampilannya itu yang dikatakan agak melampau.

Diruangan komen, ada netizen mengingatkan Leona supaya ingat tentang asal usul.

Tidak kurang juga, ada yang meluahkan rasa bimbang melihat gadis itu terloncat-loncat menari.

Dalam pada itu, ada yang menitipkan nasihat kepada Leona supaya muhasabah diri serta mendoakan agar gadis itu berubah ke arah lebih baik secara perlahan-lahan.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Rotikaya

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)