Menari sakan bersama pelakon, Eina Azman dikecam, berbaju tapi macam.....

encik gotenks
0

Bentuk badan cantik, tinggi dan langsing macam kerengga, tetapi sebagai seorang selebriti yang selalu menjadi perhatian masyarakat, rasa-rasanya pelakon Datin Paduka Eina Azman perlu peka supaya tidak menjadi sasaran kecaman netizen.

Mana tidaknya, menerusi sebuah video dalam Instagram miliknya, Eina sakan menari bersama pelakon The Maid 2 sambil menggayakan pakaian ‘jumpsuit’ ketat sehingga menampakkan bentuk tubuhnya yang sekksi itu.

Eina sendiri pasti sudah sedia maklum netizen di Malaysia memang pantang kalau ada perkara yang tidak sedap di mata mereka, bukan main laju hendak menghentam.

Disebabkan pakaian yang digayakan, ada segelintir netizen menganggap Eina seakan-akan berb0geI dengan pakaian serba hitam tersebut.

Tetapi sejhat-jaahat mulut netizen pun, masih ramai lagi yang mendoakan supaya Eina diberikan hidayah untuk lebih sopan dalam berpakaian.

“Semoga diberikan hidayah dan lebih menjaga aurat. Takut sangat Allah SWT ambil nyawa dalam keadaan kita tidak bersedia,” kata seorang peminatnya.

“Allahuakbar. Saya minat tengok Datin memasak, tapi bab berpakaian tak tahu nak kata apa. Moga Allah berikan hidayah kepada Datin,” kata seorang lagi peminatnya.

Satu sahaja Diva nak puji tentang sikap Eina, dia membalas setiap komen dengan begitu sopan dan meminta supaya peminat mendoakan dirinya perkara yang baik-baik sahaja.

Untuk Eina pula, harap selepas ini boleh jadi lebih sensitif. Umur pun dah semakin meningkat.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Kosmo! Online

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)