Jarang muncul berlakon, meniaga pun tak, netizen persoal kehidupan terlajak mewah Elfira Loy?

encik gotenks
0

Baru-baru ini, perkongsian pelakon Elfira Loy di Insta Story menjadi perhatian apabila menjawab persoalan netizen yang bertanyakan mengenai kehidupan mewahnya.

Menerusi soalan tersebut, individu berkenaan seolah kurang senang dengan kehidupan pelakon itu yang berbelanja mengalahkan anak Tan Sri.

Malah, individu itu turut bertanyakan dari mana datangnya sumber pendapatan pelakon itu sedangkan sudah lama tidak berlakon.

Tenang menjawab persoalan netizen itu, Elfira berkata rezeki yang diterimanya itu adalah yang tidak disangka-sangka..

Dalam perkongsian lain, Elfira berkata dia seorang wanita bekerjaya dalam dalam mencari rezeki. Katanya, biarpun hanya untuk membeli goreng pisang, dia tetap menggunakan duit sendiri.

“Saya ada duit okey. Saya kerja siang dan malam cari duit. Saya nak beli goreng pisang pun saya tak minta duit laki (suami) saya. Saya beli sendiri.

“Kalau saya jenis minta duit lelaki ‘kaya’ ni, saya dah pakai Ferrari. Tak adalah pakai kereta saya sekarang.Paling-paling pun saya akan ada empat maid (pembantu rumah). Tapi tak, saya urus semua sendiri,” tulisnya.

Terdahulu, Elfira yang mendirikan rumah tangga bersama Faris pada 1 Januari 2019. Pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata, Rayyan yang kini berusia dua tahun dan Nur Aria Mikayla yang dilahirkan pada 20 Mei lalu.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Rotikaya

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)