Header Ads

Haqiem Stopa menyesal, akui kesilapan memandu tanpa lesen, sedia tanggung akibatnya

"Saya akui kesalahan dibuat, jadi kena tanggung akibatnya," kata pempengaruh Haqiem Stopa.

Haqiem, 22, sekali lagi menerima kecaman dan menjadi bahan jenaka netizen selepas tular gambar seorang lelaki ditahan polis dan surat saman di laman sosial.

Sekalipun gambar yang tular itu tidak memperlihatkan jelas wajah namun rata-rata netizen dapat mengecam lelaki terbabit adalah Haqiem.

Menjelaskan perkara sebenar, Haqiem mengakui dia ditahan polis ketika melalui sekatan jalan raya, kelmarin.

Bagaimanapun Haqiem menafikan dia disaman atas kesalahan tiada lesen motosikal sebaliknya ditahan ketika memandu kereta.

Katanya, hanya satu notis saman dengan nilai RM600 atas dua kesalahan dikeluarkan ke atasnya dan bukan banyak seperti didakwa segelintir netizen.

"Selesai makan malam, saya dan pemandu peribadi terus bergerak untuk pulang ke pejabat saya di Sungai Buloh.

"Kebetulan pemandu peribadi saya tidak larat, jadi saya pandu kereta sendiri namun ditaahan polis kira-kira jam 11 malam ketika melalui satu sekatan jalan raya di ibu kota.

"Hasil pemeriksaan, polis dapati saya tiada lesen memandu dan nombor pendaftaran tidak ikut spesifikasi, jadi saya terima kerana mereka (polis) hanya jalankan tugas. Lagipun memang betul saya bersalah," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Bagaimanapun apa yang membuatkan Haqiem kesal ialah gambar dengan notis saman tertera butiran peribadinya ditularkan.

"Hairan juga siapa yang cuuri-cuuri ambil gambar kerana hanya saya, pemandu peribadi dan anggota bertugas sahaja ada ketika itu.

"Gambar itu agak jelas kerana diambil dari jarak dekat dan notis saman ditularkan juga tertera nama serta alamat penuh tempat ibu bapa saya menetap.

"Bagi saya, gambar dan butiran peribadi saya tidak sepatutnya dihebahkan kepada umum kerana ia membabitkan privasi dan dibuat (dihebahkan) tanpa persetujuan saya.

"Lagipun saya pernah terima uguutan sebelum ini, jadi bimbang sekiranya berlaku perkara tidak diingini kepada orang tua apabila alamat rumah ditularkan," katanya.

Menurutnya, hanya adik-beradiknya tahu mengenai kes berkenaan setakat kelmarin kerana dia cuba merahsiakan hal itu daripada ibu bapanya.

"Mereka (adik-beradik) ada tegur dan semua okay selagi ia tidak babitkan jnayah berat seperti daadah.

"Untuk saya pula, nak kata terganggu sangat daripada segi mental tidak juga kerana pengurus yang bantu semak kebanyakan mesej di telefon bimbit.

"Setakat ini, saya boleh hadap lagi situasi dan akan cuba cari masa untuk ambil lesen memandu kereta nanti.

"Buat masa ini saya tangguhkan dahulu (ambil lesen) kerana masih gunakan khidmat pemandu peribadi untuk ke mana-mana," katanya.

Berhubung statusnya sebagai ikon permotoran yang sering dipertikai netizen, Haqiem berkata, sudah banyak kali dia menjelaskan kekeliruan ramai dalam hal itu.

"Banyak kali sudah saya beritahu yang gelaran itu bukan dapat secara rasmi tetapi orang tak faham.

"Apa boleh buat, cuma saya berharap netizen dapatkan berita betul sebelum percaya bulat-bulat kerana kesilapan penyampaian cerita boleh rosakkan reputasi seseorang," katanya.

Semalam, Harian Metro melaporkan berita mengenai seorang pempengaruh terkenal disaman kerana didapati tidak mempunyai lesen memandu ketika ditahan dalam pemeriksaan di Jalan Raja Laut, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, lelaki berusia 20-an berkenaan ditahan ketika sedang memandu kereta jenis Audi.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim ketika dihubungi mengesahkan polis mengeluarkan notis saman terhadap individu berkenaan bagi kesalahan tiada lesen memandu dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Harian Metro

No comments:

Powered by Blogger.